Monday 1 February 2021

MASAK LEMAK CILI API TELUR AYAM + PEGAGA

 

Masak Lemal Cili  Api Telur Ayam+ Pegaga
Takdak teloq itik, guna teloq ayam ja. Hihihi
Tapi kena guna telur ayam omega baru cantik egg yolk macam telur itik. 


Semalam punya lauk lunch. Hari ni skip lunch sebab msak pulut. Kenyang sampai petang.Padahal diantara waktu tu dah macam-macam masuk perut, mana tak kenyangnya...Hihihi


Asalnya saya plan nak  masak lemak cili api pegaga + ikan haruan masin. Tapi setelah difikir dicongak untung runginya🤣🤣🤣saya buat masak lemak cili api pegaga ni dengan telur. Sebabnya kalau masak lemak pegaga +ikan masin memang saya sorang la akan makan sebab nampak pegaga sahaja kan. Pastu kena masak lauk berkuah yang lain untuk 3 ketoi anak-anak bertuah. Kalau masak lemak pegaga letak telur, nanti nampak la kata masak lemak cili api telur, sebab pegaga boleh sembunyi bawah telur. Hihihi... 



Pegaga ni beli dah 2 hari. Dah ada yang mula kuning daunnya. Saya lagi suka pegaga kampung atau pegaga keriting. Tapi hanya pegaga air ni sahaja yang jumpa. Beli la juga


Pegaga ni kurang rasa sikit. Kalau pegaga kampung rasa pahit, lemak manisnya lebih kuat. Tapi kalau tiada rotan akar pun berguna kan.. Hihihi


Sebab guna telur ayam, jadi saya guna cara buat telur carak a.k.a poached egg iaitu jerang air dalam 1/2 kuali kecik +cuka makan hingga mendidih. Guna chopstick @ batang sudu kacau air  bentuk bulatan  & tuangkan sebiji telur di tengah pusaran air . Nanti telur putih  akan membalut telur kuning dengan kemas. Tapi kalau guna telur ayam kampung & lelur itik, terus sahaja masukkan telur dalam kuah. sebab telur ayam kampung & telur itik memang telur putihnya lebih kental & tidak mudah bersepah bila dipecahkan dalam kuah
Untuk cara masak telur carak ni ada dalam old post KAT SINI....




Pegaga pula saya simpul supaya nanti senang anak-anak nak ketepikan bila cedok kuah @ telur. Setiap simpulan dalam 5-7 helai sebab pegaga ni kurus-kurus sahaja. Hihihi

Pegaga elok dimasukkan akhir sekali dalam seminit dua sebelum matikan api. Sebab kalau masak pegaga lama sangat warna hijaunya jadi kusam & tak cantik. 


Pegaga tu banyak juga. Tapi saya sembunyikan bawah timbunan telur supaya bila anak-anak tengok tak la nampak pegaga sangat kan. Saya pula bila nak makan selongkarlah bawah timbunan telur tu cari simpulan pegaga.. Hihihihi. 
Dari info yang saya baca, pegaga ni selain kaya vitamin C, ia juga bagus dimakan oleh kaum wanita kerana pegaga mempunyai khasiat yang mampu memberi ketenangan. Rupanya  nenek moyang kita dulu-dulu dah tahu rahsia tu & selalu memberi ibu-ibu yang dalam pantang makan pegaga sebagai ulam, kerabu sayur & jus. Maklumlah ibu yang dalam pantang emosi selalu tak stabil kan. Makan pegaga mampu memberi ketenangan. Tidak pula dikatakan baik untuk lelaki. Agaknya orang perempuan ni tahap angin dia mengalahkan lelaki kot sampai kena makan pegaga.. Kalau mak-mak yang selalu stress tu kena banyak makan pegaga la supaya tenang. Bila tenang, jiwa tenteram, tu kot yang dikaitakan makan pegaga boleh awet muda.. Hihihi..wallahua'lam.


Bila guna telur omega warna egg yolk tu oren cantik macam telur itik. Tapi tak dapat la nak kalahkan rasa telur itik yang lagi sedap berlemak 

Cella la paling suka masak lemak cili api telur ni. 2 biji sekali makan. Siap kuah banjir. Saya hanya amik kuah, pegaga amik banyak-banyak gaul ikan pekasam goreng cili  bawang. Itu yang sedap di tekak saya. Telur pada saya tiada rasa sangat nak banding ikan goreng. Sedap lah  lagi ikan pekasam. Kalau telur itik masak pula dengan belimbing buluh saya lagi suka. Tapi suka kuah & belimbingnga sahaja. 


5 comments:

  1. Terliur tengok butiran nasi yg cantik gebu berderai gitu.akak biasa guna beras murahkan sbb kongsi nasi ngan anak bulus 10 hekor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,banyaknya si bulus.. Murah rezeki tu. Binatang kesayangan rasulullah. Saya pun rasanya dah bersara nanti harus juga memebela bulus tu.. Hihihi

      Delete
  2. kalau telur masin pun sedap di masak lemak cili api.air rebusan pegaga juga boleh menurunkan bacaan darah tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, boleh try nanti. Macam best tu guna telir masin.. TQ sharing

      Delete