Hari ini tidak berapa rajin memikir sarapan berat & bekal.
Hanya garlic bread.. Untuk sarapan.. Takdak mushroom soup bagai dah. Hanya garlic bread panas-panas. Gu dengan Kopi 0 panas jugak
Garlic spread ni memang favaourite anak-anak bertuah tu. Kalau beli sebekas ni sekejapan sahaja habis. Kadang ingat ada lagi. Tengok-tengok dah tinggal bekas. Kadang rajin sikit saya tumbuk beberapa ulas bawang putih +sikit pasley hiris halus, lenyek dengan butter. Jadilah homemade garlic spread. Tapi tak tahan lama la. Setakat sehari dua ok la. Kalau lama dia tengik sebab fresh garlic kan ada jus dia. Kalau guna garlic powder tahan lama la.
Ni selalunya kerja anak bujang bertuah tu. Tengah malam pun dia boleh bangun makan roti sapu garlic spread ni. Tinggal hujung-hujung nyawa. Tapi lepaslah untuk sarapan & bekal.
Saya lebih suka guna bun burger untuk garlic bread ni. Belah dua.. Sapu garlic spread & masukkan sandwich maker. Garing panas, harum & sedap
Ni la sarapan
Ni juga bekal untuk anak bujang. Sementara tunggu dia mandi, bekal siap. Bekal ringan hari ni untuk alas perut sahaja sebab dia keluar awal tadi. Belum subuh lagi. Lagipun sekarang subuh memang lambat sungguh. Pukul 6.25 baru azan. Kalau zaman saya sekolah dulu, jika awal tahun memang lambat cerah. Dulu dah la sekolah jauh. Elektrik tiada. Lalu pula jalan tanah merah dalam semak hutan getah & belukar. Mak selalu bising tak kasi pergi awal sebab masih gelap gelita. Kita pula kalau dah pukul 6.30 belum gerak nanti sampai lambat, pengawas tulis nama. Semua tak nak kawan sebab cikgu selalu warning sebab datang lambat
Budak bermasalah sapa saja nak kawan. Hihihi. Selalunya sebab lagi takut cikgu & takut kawan, melawan cakap mak. Mak tak kasi gerak awal, kita menyelinap juga tonton basikal pelan-pelan tak nak kasi mak dengar. Pastu pecut kayuh laju-laju. Tapi memang kena kayuh laju pun sebab guna tenaga dynamo yang ditekan pada tayar basikal untuk bagi lampu basikal menyala. Kadang terjerit mak panggil suruh ambil bekal cekodok & teh O. Kita dah dengar sayup-sayup dah.. Hihihi
Yang pasti dulu-dulu tak pernah la mak buat sarapan atau bekal garlic bread ni.. Hihihi
Garlic spread memang cepat habis. Di rumah kami Abang Faridlah rajanya!
ReplyDelete