Thursday 25 February 2021

AIR BUNGA TELANG BERLEMON

 

Baru balik. Alhamdulillah hari ni tak jem. Semalam jem teruks dekat PUSPAKOM sampai ke depan PRIMA. Hari ni cuaca sangat panas. Dalam hati dah plan nak buat Air Bunga Telang Berlemon.


Terus keluarkan bunga tellang dari beg

Pilih ambil yang sudah kering & rendam air mendidih dalam 10 minit


Campur gula & ais kiub.. Kacau rata.. 
Warnanya biru pekat macam warna nila yang celup baju sekolah dulu-dulu


Bila dimasukkan lemon, terus airnya bertukar ungu yang cantik. Terus minum. Nikmatnya dapat minuman sejuk segar ketika cuaca panas begini

Proses pertukaran warna berlaku bila dicampur lemon. 


Bunga telang segar di tepi pokok mangga antara bilik kp & porch kereta. 

Petik petang tadi masa nak balik. Suruh anak dara tu pergi ambil kereta yang saya park kat belakang bangunan. Saya pula terus pergi petik bunga telang. 

Pokoknya dah tak rimbun sangat dah awbab musim kemarau. Banyak bunga yang kering. Tapi saya hanya petik dalam 2 genggam sahaja. Segenggam nak buat air ni. Segenggam lagisaya ada plan lain.. 


10 comments:

  1. Nak buat juga lah air bunga telang berlemon...kecur tengok air mak cella buat tu...nyamannyaa cuaca panas ni.Akak ada je tanam pokok telang ni tapi tak pernah lagi try dengan lemon dan ais...rendam gitu je dgn air suam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba buat kak lepas ni. Segar rasa bila minum ketika cuaca panas sekarang ni

      Delete
  2. Replies
    1. Betul wak.. Boleh try kalau nak tahu.. Hihihi

      Delete
  3. Esok pagi plan nak makan nasi bunga telang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, macam dah agak nasi bunga telang tu ialah " Rice To Wednesday'.. Hahahaha

      Delete
  4. Replies
    1. Buat la... Saya pun bhat lepas Cella cakap dia minum kat cafe apa ntah masa keluar gi KL hari Rabu tu.. Terus petik bunga tu.. Rulanya memang sedap la

      Delete
  5. Bertambah segarlah dengan hirisan lemon...nyaman tekak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cikgu.. Rasa segar & tekak rasa nyaman

      Delete