Pagi-pagi menumbuk cili untuk masak nasi goreng. Bidang kerja yang sudah lama ditinggalkan sejak blender jadi pengganti. Kemudian diambil alih oleh prencah nasi goreng segera. Kali ini tekak meminta nasi goreng cili kering. Untuk rasa ori, tekak order cili kering kena tumbuk. Taknak cili blend. Mengada punya tekak. Terus tanak 2 cawan beras. Nak buat nasi goreng Cili Kering punya pasal.
Maka gigihlah tangan menumbuk 15 biji cili kering yang sudah diguntung buang biji & direndam air panas 10 minit. Letak jiga 1 sudu teh garam supaya cili mudah lumat. Tambah 3 bawang merah & 3 bawang putih. Gesek lagi hingga bawang lumat
Masukkan nasinyang sudah dileraikan gemburkan. Gaul rata & sambil dikacau goreng lebih kirang 10 minit hingga naik wap berasap
Sedap ni tau nasi goreng cili kering tumbuk sendiri. Saya dah agak lama tak buat nasi goreng.
ReplyDeleteMalam ni masak nasi lebih cikgu... Hihihi
DeleteMy fav ni..simple.tapi rasa dia x pernah kalah...eeh telor rebus mana??
ReplyDeleteHahaahha... Naz tanya baru saya ingat saya memang ada rebus 4 biji telur tadi.. Aduh, macamana boleh lupaaaaa.. 4 biji tu
DeleteSuka tengok nasi goreng mak cella ,cantek kejadian nya dengan beras panjang.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Hanya beras sahaja saya belanja lebih sikit, tapi saya cut belanja lauknya.. Hihihi
Delete