Selamat berhujung minggu untuk yang cuti Sabtu & Ahad. Selamat memulakan minggu baharu untuknyang cuti Jumaat & Sabtu.
Sambal Isi Ayam Daun Limau Purut. Lauk simple tapi cukup sedap bagi yang sukakan aroma daun limau purut. Kadang isi ayam bahagian dada terkumpul dalam peti ais. Hari ni eloklah keluarkan untuk masak sambal daun limau purut yang beraroma ni.
SAMBAL ISI AYAM DAUN LIMAU PURUT
2 keping dada ayam (dari seekor ayam)
5 helai daun limau purut
1 batang serai
1 bawang besar hiris
1 sudu garam
1 sudu teh gula
Minyak masak
Bahan Blend:
1 cawan cili boh halus (+- 30 cili keringp
1 bawang besar
5 bawang putih
1. Isi ayam diootong dadu & gaul garam kunyit. Goreng hingga garing(jika suka juicy, goreng sekadar masak sahaja)
2. Panaskan 1/4 cawan minyak & tumis serai. Masukkan bahan blend & biar mendidih & naik minyak.
3. Tambah isi ayam goreng, daun limau purut, bawang hiris, gula, garam & masak hingga naik minyak.
4. Sesuaikan rasa
Suka juga style lauk simple macam ni. Aroma daun purut tu buat lagi sedap :)
ReplyDeleteKan. Sesekali lauk simple kering2 makan dengan nasi panas
Deletekalau masak letak daun limau purut ni mmg sedap.. aromanya saja dh menggoda
ReplyDeleteKan..saya suka sangat aroma daun limau purut. Masak sirap merah pun saya campur daun pandan & daun limau purut. Segar aromanya. Ada banyak kali saya kongsikan
DeleteAssalamualaikum.. kite datang bawak tipuware kosong niiiii 😂😂
ReplyDeleteSedapnya ...tapi tulah nak buat,kesian pulak anak dara yang tak makan daun limau purut tu.
ReplyDeleteFavourite my cucu2.. kalau boleh setiap hari kena ada sambal.. sanggup depa gotong royong potong cili asal nenek masak sambal🤣
ReplyDeleteMak aaiii... berkilat2 sambal ayam dia! Makan nasi panas dengan kuahnya pun sodap sangat tu.
ReplyDeleteMak cella anak beranak memang kuat pedas ya.dah sambal lagi di picitkan cili api
ReplyDelete