Sunday 7 February 2021

SAMBAL ISI AYAM DAUN LIMAU PURUT

Selamat berhujung minggu untuk yang cuti Sabtu & Ahad. Selamat memulakan minggu baharu untuknyang cuti Jumaat & Sabtu. 


Sambal Isi  Ayam Daun Limau Purut. Lauk simple tapi cukup sedap bagi yang sukakan aroma daun limau purut. Kadang isi ayam bahagian dada terkumpul dalam peti ais. Hari ni eloklah keluarkan untuk masak sambal daun limau purut yang beraroma ni. 


Seluruh dapur akan diselubungi haruman daun limau purut. Bau yang segar bercampur aroma serai. Bau & rasa tidak jauh berbeza dengan padprik tapi ni versi sambal pekat.

SAMBAL ISI AYAM DAUN LIMAU PURUT
2 keping dada ayam (dari seekor ayam) 
5 helai daun limau purut
1 batang serai
1 bawang besar hiris
1 sudu garam
1 sudu teh gula
Minyak masak

Bahan Blend:
1 cawan cili boh halus (+- 30 cili keringp
1 bawang besar
5 bawang putih

1. Isi ayam diootong dadu & gaul garam kunyit. Goreng hingga garing(jika suka juicy, goreng sekadar masak sahaja) 

2. Panaskan 1/4 cawan minyak & tumis serai. Masukkan bahan blend & biar mendidih & naik minyak. 

3. Tambah isi ayam goreng, daun limau purut, bawang hiris, gula, garam & masak hingga naik minyak. 

4. Sesuaikan rasa



Makan bersama putih panas-panas. Cukup kalau hanya sekadar tambah telur dadar & ulam timun @ daun salad. Nak lebih pedas. Picit-picitkan cili padi yang dimasukkan bersama. 


9 comments:

  1. Suka juga style lauk simple macam ni. Aroma daun purut tu buat lagi sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Sesekali lauk simple kering2 makan dengan nasi panas

      Delete
  2. kalau masak letak daun limau purut ni mmg sedap.. aromanya saja dh menggoda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..saya suka sangat aroma daun limau purut. Masak sirap merah pun saya campur daun pandan & daun limau purut. Segar aromanya. Ada banyak kali saya kongsikan

      Delete
  3. Assalamualaikum.. kite datang bawak tipuware kosong niiiii 😂😂

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ...tapi tulah nak buat,kesian pulak anak dara yang tak makan daun limau purut tu.

    ReplyDelete
  5. Favourite my cucu2.. kalau boleh setiap hari kena ada sambal.. sanggup depa gotong royong potong cili asal nenek masak sambal🤣

    ReplyDelete
  6. Mak aaiii... berkilat2 sambal ayam dia! Makan nasi panas dengan kuahnya pun sodap sangat tu.

    ReplyDelete
  7. Mak cella anak beranak memang kuat pedas ya.dah sambal lagi di picitkan cili api

    ReplyDelete