Saturday, 6 February 2021

CHICKEN BALLS MASAK SAMBAL


Chicken balls masak sambal. Biasa orang makan chicken balls cicah sos cili sebagai kudapan. Tapi kita buat lauk la musim-musim PKP ni.Hihihihi


Chicken balls kita masak jadi sambal tumis. Buat lauk makan dengan nasi.Takdak stok ayam nak masak untuk anak bujang tu. Ada daging yang achik  bagi membeku dalam peti ais tu tapi sayang pula nak guna.. Hihihihi.. 


Altenatif yang ada, guna chicken balls untuk jadikan lauk.Saya gunakan chicken ball brand Ramly. Sebenarnya selalu beli meat balls, tapi sebab takdak stok. Yang ada hanya chicken balls, maka jadilah sambal chickrn balls


Memang jadi rebutan anak-anak la. Masing-masing cedok berketul-ketul masuk pinggan. 
Saya memang tak join sebab saya ada lauk mak-mak.. Hihihi


CHICKEN BALLS MASAK  SAMBAL
1/2 paket chicken balls
1 asam keping
10 cili padi
1 sudu garam
1 sudu gula
1/4 cawan minyak. 

Bahan blend
30 cili kering
1 bawang besar
5 bawang putih

1. Panaskan minyak & goreng chicken balls hingga masak. 
2. Tumis bahan blend hingga mendidih. 
3. Tambah asam, garam gula & masukkan  chicken balls
4. Tambah cili  & perlahankan api hingga naik minyak. 
5. Sesuaikan rasa. 

Lauk rebuatan anak-anak. Chicken balls masak sambal. 

13 comments:

  1. Wah...dah dapat idea dah ni nak masak apa kalau xde idea..penat hari2 masak buntu x tau nak masak apa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi SA... Kadang mati idea nak masak apa kan... Nak kena fikir apa yang keluarga suka. Karang masak yang kita suka sahaja syok sendiri pula sebab depa tak suka..

      Delete
  2. Ratah2 saja pun sedap ni. Habis semangkuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan cikgu.. Dapat pula secawan teh bunga ros buat peneman..

      Delete
  3. Replies
    1. Alaaa, SK ni lambat sangat bgtau idea tu... Kalau tak dah jadi dah.. Hahaha

      Delete
  4. Nice menu. Kreatif buat menu lauk macam ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah.. Boleh la untuk hari yang kering idea.. Hihihi

      Delete
  5. selalunya fishball je buat cenggini.. hehehe.. menarik inovasi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fishball pun sedap tapi kat sini susah nak cari fisball yanh diyakini.Lagi2 sejak dah makin tua ni banyak songeh pula tekak ni

      Delete
  6. Ini memang kesukaan budak2 lah buat.Silap2 tinggal sambal je lah untuk mak pak dorang­čść.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu.. Saya tak makan pun kak.. Depa adik beradik sahaja makan

      Saya makan lauk kampung... Hihihi

      Delete
  7. Jenama Purnama pun sedap juga.saya memang suka sambalkan chicken ball ni.kadang2 goreng bersambal dengan kentang

    ReplyDelete