Tuesday, 23 February 2021

CARA MASAK SAMBAL TUMIS BILIS SIMPLE SEDAP

 Sambal bilis jer  pun.. Tapi kalau 10 orang diberi tugasan masak sambal bilis, harus ada 11 rasa yang berbeza kot. Hihihi. Ada yang guna asam keping, ada yang guna asam jawa. Ada yang guna gula pasir. Ada yang guna gula melaka. Ada yang langsung berkerat rotan berpatah arang dengan gula. Diharamkan gula dalam sambal bilis. Hihihi. Namapun manusia, pasti selera tidak sama. 


Sambal Bilis Simple Sedap. Pada tekak kami anak beranak la. Anak-anak dah memang selera mereka banyak dipengaruhi masakan maknya. Tapi banyak juga makanan fav mak yang anak-anak tak geng. Cuma bab sambal bilis ni anak-anak kata sambal bilis saya sedap. (Berani nak cakap tak sedap????) hihihihi. Saya tiada resipi rahsia pun kerana hanya bahan asas sahaja. Ada yang suka & mungkin ada yang tidak kena dengan selera mereka pun. Tapi ini resipi yang biasa saya masak. Yang wajib saya masukkan ialah gula nisan(gula kerek) Dalam masakan sambal tumis & rendang masakan saya, gula kerek ni memang wajib. Stoknya memang sekali kirim dari Kelantan @ Trengganu memang berkilo. Kadang sebab banyang sangat sampai gula cair macam gula apong Sarawak. Gula nisan ni sedap sebab lemak & manisnya tidak tajam seperti gula pasir. Untik resipi ni saya gunakan 1 mangkuk ikan bilis. Hasilnya dapatlah 2 bekas tipuware yang isi taufufa tu. 1 bekas difrozenkan. Bila-bila nak makan nasi lemak atau sewaktu dengannya, panaskan sahaja 

SAMBAL BILIS SIMPLE SEDAP
1mangkuk bilis belah bersih
1 mangkuk cili blend(-+ 30 biji cili mering) 
1/2 cawan bawang blend (1 biji bawang besar) 
1 sudu bawang putih blend(5 ulas) 
1 asam keping(boleh ganti 1/2 sudu teh pes asam jawa adabi) 
1 sudu teh penuh garam
1/4o keping gula nisan kerek (2 sudu gula melaka) 
1 cawan minyak

1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga rangup. 
2. Tanpa mengangkat bilis dsri minyak, terus masukkan bawang blend, cili blend & kacau rata. Masak hingga mendidih
3. Tambah asam keping, garan dan gula nisan/gula melaka. 
4. Masak dengam api perlahan hingga naik minyak. Sesuaikan rasa


Ikan bilis dibuang kepala,isi perut & tulangnya


Biar minyak betul-betul panas sebelum menggoreng bilis


Bila bilis garing, terus masukkan bawang besar blend, bawang putih blend & cili blend. 

Saya memang buat stok bawang putih  blend, bawang merah blend & cili blend untuk melancarkan kerja memasak. Sebenarnya malas nak bermain dengan cili bawang terutama waktu pagi. Dengan berkejar nak masak pagi-pagi, tak mau la pergi kerja dengan tangan melekat bau bawang. Begitu juga hari cuti pun. Pagi-pagi dah mandi dah pakai bedak, tak mau la lagi kupas bawang & rebus cili lagi.. Hihihihi
Tapi dalam seminggu @ 2 minggu sekali mengupas bawang & merebus juga la cili untuk stok. 
Cili blend tu saya beli dari kawan kerana cili blendnya halus mulus tiada biji & tahan lama. Bawang putih dalam botol penutup putih tu baki stok dah sebulan. Bawang putih tu saya guna beberapa labu d vlend dengan minyak masak sekadar mata blade blender boleh berputar. Botol penutup hitam tu stok bawang besar blend. Dalam sebulan saya biasanya guna 2 botol. Yang ni warnanya putih sebab saya guna bawang besar Holland.Juga blend dengan minyak masak untuk tahan lebih lama. Simpan dalam peti ais di rak biasa. In sha Allah tahan berminggu. Cuma sebelum ni saya biasa guna bawang besar yang merah. Tapi bila guna bawang Holland jangka hayat lebih lama. Pastikan bila nak guna, pastikan cepat-cepat cedok setakat keperluan & teruas simpan semula dalam peti ais supaya suhu bahan tersebut kekal. Jika lama terdedah pada suhu luar peti sejuk, takut mudah rosak. Ini dari pemerhatian & pengalaman amatur saya. Saya tak pernah buat R&D secara serius pun. Hihihi.. Walluhua'lam



Kacau rata & biar mendidih

Kacau sekali sekala supaya tidak berkerak



Tambah asam keping, garam dan gula nisan/gula melaka hiris

Masak api perlahan hingga pecah minyak


Sesuaikan rasa masam, masin dan manisnya. 












3 comments:

  1. Tak pernah jemu dengan sambal ikan bilis. Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kam.. Sambal bilos dulu-dulu lauk murah. Sekarang harha bilis pun boleh tahan macam durian juga. Hihihi

      Delete
  2. Saya jarang buat sambal bilis, nanti boleh terai cara ni. Cuma bawang sy dah blend siap dgn cili, senang sekali arung masuk, haha.

    ReplyDelete