Semalam punya semalam punya semalam. Dah tiada idea nak masak lauk apa untuk lunch. Malas nak ke pasar. Nak ke kedai juga tak rajin. Kata Cella, masak sahaja simple-simple asal boleh alas perut. Mmmm, memang la masak simple, tapi apa yang nak simple nak dimasak tu?
Katanya kalau ada lagi chicken balls tu masak la lagi nasi ayam chicken balls.. Oh, bahagia, tak payah fikir lauk.. Hihihi
Dah masak, gemburkan kasi berderai nasi tu. Tapi sebab penuh periuk masak. Yang makan hanya Cella & abangnya.. Kesudahan bebola ayam licin, tapi nasi masih ada sikit berbaki. Dijadikan nasi goreng, rencah telur hancur, masukkan nasi tanpa bahan lain sebab nasi dah berperisa.. Eh, habis juga.. Hihihi
CILI KICAP
1/4 bawang besar @ 2 bawang merah-hiris
5 cili padi-hiris
1 cili merah- hiris
1/2 limau nipis-jus
1/2 cawan kicap manis
*Gaul semua & biar 10 minit supaya mesra
NASI BEBOLA AYAM
3 cawan beras
4 cawan air
30 biji bebola ayam Ramly
1 kiub ayam Adabi
Daun sup, daun bawang
Bahan Tumis:
2 sudu marjerin /minyak
1/2bawang besar Holland-cincang
2 bawang putih - cincang
1 helai pandan/serai
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
1. Basuh beras & biar terendam 10 minit. Sementara itu jerang 4 cawan air dalam rice cooker biar mendidih
2. Panaskan marjerin/minyak & tumis ssmua bahan tumis hingga harum
3. Tapis beras & masuk dalam tumisan & goreng hingga kering air & nampak beras berminyak.
4.Kaut beras bertumis & masukkan dalam rice cooker yang airnya sedang mendidih.
5.Tambah kiub ayam & kacau rata. On biar hingga nasi tanak
6.Bila sudah masak, gemburkan nasi & tabur daun sup & daun bawang
7. Hidangkan dengan sambal kicap @ sambal nasi ayam.
Nampak menyelerakan pulak, kalau masak utk Iman, mesti laku ni
ReplyDeleteMasak Sk.. Jangan tak masak. Seksok dak Iman dah balik Poli terkonang2... Hihihi
DeleteBagus idea ni nampak simple n semestinya budak2 suka..
ReplyDeleteSimple Naz.. Buat bekal anak sekolah pun ok jugak ni. Senang makan takdak tulang
DeleteSemernak aroma serai tu time nasi mendidih.
ReplyDeleteBetul la cikgu.. Adoma serai macam aroma terapi
DeleteTerima kasih . Mahu dicuba ini.
ReplyDelete