Tuesday, 23 February 2021

KUAH KACANG DAGING

Hari ni meneruskan kerja hakiki. Semalam masa balik dah plan nak masak nasi impit kuah kacang untuk makan & bekal. Terus singgah beli badang sesiap


Malam tadi gigih merebus nasi impit sambil masak kuah kacang. 

Kali ni saya masak kuah kacang versi + daging. Makanan favourite Adah. 


Penuh sekuali masak kuah kacang daging. Saya guna 1/2 kg kacang tanah putih yang tanpa kulit & hampir 1/2 kg kacang tanah  biasa yang berkulit. Juga tambah 1/2kg++ daging. Nak cepatkan urusan masak... daging tu saya rebus dulu & kemudian baru potong kiub kecik-kecik. Dagingnya jenis isi pejal. Kalau dapat daging tetel @ orang Kedah cakap daging cincang, lagi la sedap berlemak. 

KUAH KACANG DAGING
1kg kacang tanah
1/2 daging(rebus empuk & dadu kecik-kecik) 
2 cawan minyak
3 asam keping
2 keping gula nisan Kelantan
(boleh ganti 3/4 caaan gula melaka hiris) 
2 sudu teh garam

BAHAN BLEND:
2 cawan cili blend 
1 bawang besar
5 bawang putih
2 batang serai
1 ketul kecik lengkuas
1 ketul kecik halia

1. Goreng @ sangai kacang tanah hingga garing & rangup. Saya goreng dengan 4 sudu minyak. Biar sejuk sikit & belnd hingga agak halus. Air agak-agak blender blade boleh berputar dengan selesa

2. Panaskan 2 cawan minyak & tumis bahan blend  & masak hingga naik minyak. 

3. Masukkan daging dadu bersama air rebusan daging

3. Masukkan pes kacang yang diblend, garam, asam keping & gula nisan/gula melaka

4. Masak hingga mendidih anggaran 15 minit. Kecilkan api & biar mendidih perlahan supaya naik minyak. Kacau sesekali supaya tidak berkerak & hangus didasar kuali. 

5. Bila pekat sesyaikan rasa & matikan api

** Kuah kacang lebih sedap dimasak awal & dibiar semalaman supaya pekat cantik rasa lebih sedap. 




Kuah kacang perlu dikacau sesekali supaya tidak berkerak & hangus didasar kuali


Beberapa minit terakhir sebelum matikan api, biar kuah mendidih perlahan dengan api kecil supaya kuah  naik minyak  & cantik


Masak kuah kacang, jangan lupa rebus nasi impit. Hihihi


Untuk dipanjangkan rezekinya. Untuk anak bujang  tidak pula ada gambarnya kerana seawal pagi sudah bertolak ketempat kerja. Walaupun dia tak minat kuah kacang ni tapi saya isikan juga sebekas  tippuware nasi impit bersama sebungkus kuah kacang ni  sebagai bekalnya. Entah dimakan engahkan tidak kerana katanya dia elergi kacang nanti muka akan naik jerawat batu. Saya paksa juga bawa bekal ni. Kalau tak nak makan, panjangkan sahaja rezeki tu. Kalau nasi impit rendang ayam atau rendang daging, laju sahaja dia nak bawa bekal



Makan dibilik kerja bersama Cella yang menemani dari pagi sampai petang


Sampai dua kali terlelap dikerusi tu. Maklumlah orang tengah bahagia dah seminggu cuti sem sampai minggu depan.. Semoga semua anak-anak yang sedang menghadapi SPM juga dipermudahkan  urusan serta dikurniakan kejayaan yang cemerlang duniawi & ukhrawi.. 


6 comments:

  1. Saya kalau jumpa nasi himpit kuah kacang, memang terus terkam dulu. lupa makanan yang lain
    Wah! Seronoklah Cella...selamat bercuti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok cikgu masak kuah kacang sotong kering tu terlio... Hihihi

      Delete
  2. orang tengah bahagia tu, tanak cete apa2 kat blog ke?

    Terasa macam hari raya nampak nasi impit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Memang merdeka sungguh. Terus tolak laptop ke tepi. Hanya melekat pada handphone. Katanya nak ngadap qadho film & drama yang terlepas masa ada class hari tu

      Delete
  3. mcm nak buat jugalah nasi impit dan kuah kacang.saya klu masak kuah kacang saja aje masak lebih, frozenkan.bila2 terasa nk makan nasi impit kuah dah ada.makan dgn cucur udang/jagung pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom kita pakat beraya. Terliur tengok orang masak, saya pun masak juga.. Selagi tidak, asyik teringat macam orang angau.. Hihihihi

      Delete