Wednesday 3 February 2021

SERAWA UBI KELADI

 Petang ni ada sikit rajin.. Pun kerana memaksa untuk rajin. Hihihi

Saya masak Serawa Ubi Keladi. Kalau di Indonesia, keladi ni dipanggil talas. 


Serawa Ubi Keladi ni biasa dipanggil pengat keladi. Tapi dulu kat kampung panggil serawa. Dulu terikut-ikut orang KL panggil pengat. Malu nak panggil serawa sebab rasa kampung.Zaman baru datang KL awal-awal dulu, bukan takat serawa dipanggil pengat. Habis semua bahasa & dialek kampung malu nak sebut. Takut diketawakan orang kata kita ni kampungan. Semua yang biasa dok sebut "a" habis ditukar jadi "e". Konon KL la sangat tu.. Hihihi. Yang saya masih ingat sampai sekarang ganja saya sebut "ganje", bola saya sebut "bole".. Hahaha padanlah muka, malu nak cakap bahasa kampung, langsung diketawakan cakap KL pun tak betul. Yer lah, masa tu kan remaja baru habis sekolah. Datang belajar di KL konon hebatlah sangat, sampai nak cakap KLNasib baik balik kampung tak tersyasyul cakap KL. Kalau tak, orang kampung tak mengaku saudara, jenuh mana nak bawa diri. Hihihi. Sebenarnya bukan lah nak cakap KL sangat, tapi pengalaman masa sekolah, membuat jadi macam tu. Zaman sekolah rendah ok lagi sebab semua kawan-kawan cakap kampung dealek Patani,kecuali cikgu - cikgu menggunakan dialek Kedah pekat. Kalau kami.. "Mu nak gi mana? Jom, kita gi  makan ai tey ngan bubo kacchang“ itu perbualan harian kami yang bermaksud" Awak nak pergi ke mana? Jom kita minum air teh & makan bubur kacang". Kalau dialek Kedah pekat bunyinya "Hang nak pi mana? Jom pi pekena ayaq tey, dengan buboq kacang" Memang lain lah bunyinya dengan kami yang bercakap dialek Patani. Bila masuk sekolah menengah, sekolah dekat pekan kecik pinggir bandar yang semua guru & pelajarnya berbahasa Kedah pekat. Kami yang beberapa orang dari kampung yang agak pedalaman ni sangat berasa rendah diri bila dipandang sebelah mata.Mana taknya, badan berpeluh, baju merah berdebu, kasut berselut  meredah hutan d bemdang 5 batu untuk sampai ke sekolah. Tambahan pula dialek kami lain, kami diejak & dipandang rendah. Sebab tu bila dapat sambung belajar di KL,terus nak cakap KL sebab takut orang ejek. Hahahaha.. Itu semua pengalaman zaman remaja. Sekarang, bangga berasal dari kampung & setelah dekat 30 tahun menetap di KL.. Kampung juga yang dirindu. 


Saya kalau makan bubur atau serawa memang akan cari cream creaker. Orang Kedah panggil roti 4 segi.. Hihihi


Hari ni tiada cream creaker. Yang ada biskut petak keras ni.. 


Eh, sedap pula la. Sebab biskut ni keras  & tidak lembik bila dimasukkan dalam serawa. Krup krup krup bila dikunyah, sambil hirup kuah serawa yang lemak manis. 

SERAWA UBI KELADI
1 ketul ubi keladi(saya guna 2 jenis ubi keladi)
1 kotak santan
1 helai pandan
1 ketul gula melaka
1/2 sudu teh garam
2 sudu sagu - basuh & rendam

1. Kupas ubi keladi dan potong dadu besar- besar
2. Rebus keladi bersama 4 cawan air hingga empuk.
3. Terus tambah sagu dan kacau hingga sagu jernih
4. Masukkan daun pandan,garam dan gula
5. Akhir sekali masukkan santan dan kacau biar mendidih sekejap
6. Sesuaikan rasa
*Lebih sedap dimakan selepas beberapa jam dimasak supaya kuah lebih pekat dan sebati. 


Saya guna 2 jenis ubi keladi. Yang bulat-bulat kecik tu kami panggil keladi Cina. Mak saya panggil keladi telur. Ada yang panggil keladi Sarawak ke selatah ke macam tu la. Saya pun tak pasti sangat. 
Yang besar tu keladi Indonesia. 


Beli dah dekat seminggu, Sampai dah tumbuh tunas. Yang keladi Indonesia tu hanya dapat ambil separuh sebab separuh lagi dah rosak


Nikmat dapat makan serawa keladi petang ni. Kat luar tu hujan tapi hujan panas. Biasanya lepas hujan panas akan muncul pelangi. Tapi tak nampak la pula. 

16 comments:

  1. Hahha lucu la ganje degn bole tu.. nak key yell sangt kannn.nampak sedap cream crackers kecik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi.. Malu dia jangan cakap la.. Ingat sampai la ni.
      Tapi kan.. sebelum PKP dulu pernah nampak kat Kedah ada Gerai Nasi Ganje.. Aduh, terasa dia menyindir.. Hahahaha

      Delete
  2. Menantu akak dari Kedah +Perak,tinggal kat Penang.Masa mula2 dulu banyak juga lah akak tak faham apa yang dia cakap.Skg ok dah.
    Pokok keladi selatah tu dah bertunas...dah boleh tanam dah tu mak cella...hihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu belum tambah dari Sarawak, Sabah lagi yang sedap didengar bila mereka berbual. Tapi tak faham.. Hhihi.

      Tu la kak.. Saya ada simpan 3 ketul yang dah panjang tunasnya. Nanti ingat nak bagi gardener tanam. Tapi nampaknya dalam seminggu ni semua tak dibenarkan pergi. Sorang staff ofis +ve covid.. Doakan kami semua selamat

      Delete
  3. Wahh sedapnya serawa keladi,sama la kita mak2 suka makan bubur kacang pun suka makan dgn biskut krim kraker tu..rangup2 tu tak sedar 2 mangkuk..hee..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beul, bubur kacang lagi feel makan dengan cream creaker ni. Kalau dapat roti kapai pun ya Allah sedapnyaaaaa

      Delete
  4. Wak panggil pengat.
    Yang kecik2 tu bukan keladi cina.
    Keladi cina besar buahnya sampai 1/2 kg
    Tu keladi sarawak atau keladi telur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh.. Keladi Cina lagi besar ek.. TQ Wak atas pencerahan.

      Delete
  5. Dulu waktu 1st year di UM saya cakap keyell jugak, lama-lama tak boleh jadi sbb nak sebut air mesti jadi ayaq jugak sampai geng dr t'ganu ejek minum ayaq kopaq (kopi), last-last saya tak cakap keyell dah dgn geng kampus, saya bantai cakap utaqa, depa faham ke tak lantaklah, kwn-kwn pula dari satu malaysia, seronok bila masing-masing cakap loghat negeri masing-masing, bila tak paham pakat ramai-ramai gelak...tapi tak ambik hati pun...yang seronoknya geng tionghua dari k'tan ngoyak K'late... nostalgia bila ingat balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu agaknya yang kes nak air kelape 1 boh"nyok" lebih... 🤣🤣🤣
      Kadang bahasa lain-lainnpun jadi lucu bila 1 perkataan membawa makna lain-lain, macam kita lapang tu maknanya luas, Trengganu lapang tu nombor 8..Hihihi

      Delete
  6. klu saya tak de cream crackers, roti pun jadi.biskut keras tu goreng pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Boleh try biskut keras ni buat goreng. Goreng tu macam pisang goreng ke atau goreng macam mee goreng?

      Delete
    2. goreng kosong aje dgn minyak.kemudian cicah kopi o atau teh o.sedap

      Delete
    3. Kan.. Rebus, goreng buat kerepek semua sedap kan. Saya permah makan masi goreng keladi kat Palace of the golden horses masa hitea.. Sedapnya pada tekak saya & saya pernah cuba masak. Sedap

      Delete
  7. Teringat pengat sukun.. sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  8. Ya betul Mim.. Seakan pengat sukun. Halus isinya.. Lama tak makan pengat sukun

    ReplyDelete