Wednesday 17 February 2021

CHICKEN BALL RICE.. LAGI..

 Semalam punya semalam punya semalam. Dah tiada idea nak masak lauk apa untuk lunch. Malas nak ke pasar. Nak ke kedai juga tak rajin. Kata Cella, masak sahaja simple-simple asal boleh alas perut. Mmmm, memang la masak simple, tapi apa yang nak simple nak dimasak tu? 

Katanya kalau ada lagi chicken balls tu masak la lagi nasi ayam chicken balls.. Oh, bahagia, tak payah fikir lauk.. Hihihi


Masak la lagi nasi bebola ayam ni. 
Tapi untuk saya saya masak juga secawan nasi putih plain, goreng ikan pekasam & sambal nanas lauk saya hari sebelumnya masih berbaki. Sejak dah banyak umur ni, saya memang dah  tak minat nasi-nasi berperisa ni. Nak nasi putih jugak walau sekadar berlauk telur. 


Macam juga minggu lepas, saya buat kicap bawang ni untuk cicah bebola ayam tu. Licin


Cuma kali ni sata extrakan bebola ayam atas permintaan.. 

Masak nasi ni minggu lepas aroma pandan. Tapi stok pandan dah habis, saya gantikan aroma serai diketuk,. Eh, lagi ngam la bau dia & aroma segar. 

Dah masak, gemburkan kasi berderai nasi tu. Tapi sebab penuh periuk masak. Yang makan hanya Cella & abangnya.. Kesudahan bebola ayam licin, tapi nasi masih ada sikit berbaki. Dijadikan nasi goreng, rencah telur hancur, masukkan nasi tanpa bahan lain sebab nasi dah berperisa.. Eh, habis juga.. Hihihi


Ni kalau cicah ikan bakar ngam ni. Tapi kata budak-budak ni cicah dengan bebola ayam makan dengan nasi tu sudah cukup ngam. Aroma limau nipis tu yang buat rasa segar. Tambah pula nasi aroma serai

CILI KICAP
1/4 bawang besar @ 2 bawang merah-hiris
5 cili padi-hiris
1 cili merah- hiris
1/2 limau nipis-jus
1/2 cawan kicap manis

*Gaul semua & biar 10 minit supaya mesra


NASI BEBOLA AYAM
3 cawan beras
4 cawan air
30 biji bebola ayam Ramly
1 kiub ayam Adabi
Daun sup, daun bawang

Bahan Tumis:
2 sudu marjerin /minyak
1/2bawang besar Holland-cincang
2 bawang putih - cincang
1 helai pandan/serai
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang

1. Basuh beras & biar terendam 10 minit. Sementara itu jerang 4 cawan air dalam rice cooker biar mendidih
2. Panaskan marjerin/minyak & tumis ssmua bahan tumis hingga harum
3. Tapis beras & masuk dalam tumisan & goreng hingga kering air & nampak beras berminyak.
4.Kaut beras bertumis & masukkan dalam rice cooker yang airnya sedang mendidih.
5.Tambah kiub ayam & kacau rata. On biar hingga nasi tanak
6.Bila sudah masak, gemburkan nasi & tabur daun sup & daun bawang
7. Hidangkan dengan sambal kicap @ sambal nasi ayam.


7 comments:

  1. Nampak menyelerakan pulak, kalau masak utk Iman, mesti laku ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak Sk.. Jangan tak masak. Seksok dak Iman dah balik Poli terkonang2... Hihihi

      Delete
  2. Bagus idea ni nampak simple n semestinya budak2 suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple Naz.. Buat bekal anak sekolah pun ok jugak ni. Senang makan takdak tulang

      Delete
  3. Semernak aroma serai tu time nasi mendidih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la cikgu.. Adoma serai macam aroma terapi

      Delete
  4. Terima kasih . Mahu dicuba ini.

    ReplyDelete