Tuesday 2 February 2021

PULUT LEMAK SAMBAL SARDIN

Baru dapat luruskan kaki sambil menonton 999 di TV3.. Hihihi bukan minat sangat pun tapi bila tengok sedutan laga ayam tu macam  nak tengok. Sambil membelek galery handphone. 


Pulut Lemak Sambal Sardin. Sarapan pagi semalam sempena Cuti Hari Wilayah Persekutuan.. Hihihi tak ada kaitan pun. Tapi sebab semua cuti kecuali Cella tetap ada online class sebab Trengganu tak cuti.. 


Sebab ssmua ada di rumah, kena la masak heavy sikit sarapannya. Tapi biasa la dah nama cuti semua liat nak keluar bilik. Sudahnya hanya saya sarapan sengsorang sambil suap budak tengah online tu. Abang & kakaknya dah nak tengahari baru makan. Tapi bagus la juga tak payah nak fikir lunch sebab depa baru makan. 



Pulut Lemak ni asalnya sebab baca blog SK la, Nampak pulut kuning anniversary dia. Saya dengan pulut memang rakan karib. Hihihi. Terus ke dapur merendam sekilo pulut. Nak buat pulut kuning macam dah kerap sangat. Bulan January 2 kali dah pulut kuning. So, 1 Februari kita buat pulut lemak. Gu demgan sambal sardin. Malas nak masak sambal bilis, gantikan sambal sardin. Eh, laku keras la pulak. Hihihi


Pagi-pagi mengukus pulut. Dari zaman kanak-kanak memang mak selalu sungguh masak pulut, Sampai saya pun dah tua memang pulut jadi makanan ke-2 selepas nasi putih. Stok kena sentiasa ada. 

PULUT LEMAK
1kg  beras pulut- rendam semalaman
3 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam & 1 sudu besar  gula
2 helai pandan

1. Beras pulut yang dah rendam,kukus sampai masak
2. Masa masih panas tuangkan dalam mangkuk besar & gaul dengan santan yang dah campur garam & gula.
3. Mula gaul memang nampak berair tapi jangan risau sebab nanti pulut tu akan serap santan & pulut akan jadi cantik & berkilat.
****Tips supaya tahan tidak basi sampai ke malam... Lepas gaul santan kukus semula TETAPI JANGAN TUTUP pengukus.. Biar naik wap & wap tidak terperangkap. Jika selepas gaul santan jika dikukus semula  dgn menutup pengukus, pulut akan lembik dan cepat muak bila dimakan 


Sambal sardin ni saya guna sardin paket merah. Ada 6 ketul isinya. 

SAMBAL SARDIN
1 paket sardin = 2 tin kecik
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/4 cawan minyak

Bahan Blend:
30 cili kering(saya guna 1 cawan cili blend) 
1 bawang besar
5 bawang putih

1. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak. Tambah asam, garam dan gula. 
2. Masukkan sardin dan masak hingga mendidih & naik minyak. Sesuaikan rasa

Tambah telur dadar. Makan pulut lemak telur dadar ni banyak kenangannya zaman kanak-kanak. Kalau hari Jumaat (di Kedah Jumaat cuti sekolah) kami kanak-kanak suka berkumpul bermain dekat surau. Surau tu dekat kubur. Kami akan menantikan kalau-kalau ada orang datang ziarah kubur dan bawakan pulut berlaukkan telur dadar untuk diaedekah kepada kanak-kanak yang bermain dekat surau tu. Hampir setiap minggu dapat makan pulut lemak + sikit pulut kuning. Berebut makan beralas daun rambai. Kami sudah dapat cam orang yang selalu bawa pulut tu. Makcik Minah, Tok Minah, Tok Timah, Lang Esah  & beberapa nama lagi yang saya sudah lupa kerana ada antara mereka bukan pendududuk kampung saya. Ramai yang sudah meninggal dah pun, semoga Allah ampunkan dosa mereka & tempatkan mereka dalam kalangan orang beriman


Timun sebagai pelengkap


Kopi O memang kena ada la. Ubat kemudian kira.. Hihihi

Nisah kawan Adah ada bagi Kopi Keluang.


Mentong.... 2 kali saya ulamg... Hihihi..
Malam, anak bujang beli makanan untuk dinner. 

8 comments:

  1. Kita pun sangat suka makan pulut. Masa kecik dulu memang kerap ibu buat sarapan pulut. Nanti sy try buat pulut lemak macam ni, cantik sangat rupa pulut tu, rasa nak terkam kalau boleh, apatah lagi dimakan dengan lauk kegemaran, sambal sardin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Boleh try nanti. Tapi pastikan buat hari cuti. Sedap tidur lepas makan pulut. Hihihi

      Delete
  2. kalau ada ikan masin pun sedap

    ReplyDelete
  3. Sedapnya pulut lemak.Akak selalu buat pulut kuning je itupun tak selalu .Akak banyak juga belajar dari blog cella dulu cara2 yang mak cella buat utk dapat pulut yang cantek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Semoga ilmu yang bermanfaat dapat dipanjangkan..

      Delete
  4. Semuanya sedap! Siap ada limau mandarin lagi tu... Gong Xi Fatt Chai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Tu la sampai dah lupa minggu depan dah CNY... Sekrang cuti ke raya apa ker dah tak perasan

      Delete