Wednesday 10 February 2021

COQ KEMBONG CICAH KUAH ASAM PEDAS

Kalau di Kedah  dulu-dulu kebanyakan rumah akan pernah menghidangkan coq kembong cicah kuah gulai(kari) termasuklah dalam famili saya. Kalau mak masak gulai ikan, esok pagi dah tau mak akan buat coq kembong untuk cicah kuah gulai tu. Dalam apa keadaan pun kuah gulai tu akan  disimpan juga sikit habuan untuk cicah coq kembong. Kalau kuah dah tinggal sikit, kami rela makan malam tanpa kuah gulai tu demi nak simpan untuk cicah coq kembong esoknya. Sekadar berkongsi secebis nostalgia coq kembong. 

Tapi oleh kerana dah masak asam pedas ayam. Tekak pula teringin coq kembong sebagai kudapan malam sebab taknak makan nasi. 

Jadilah sepinggan coq kembong. Dulu-dulu rasanya saya buat bentuknya bulat sekata. Dah tua-tua ni buat kuih pun dah tak sekemas dulu-dulu. Graff kerajinan juga kadang macam graff covid. Ada naik turunnya. Hihihi

Coq kembung memang dalamnya berongga dan berserat seperti apam. Tapi vesi goreng la. Garing diluar & lembut kenyal dalamnya. Bila dicicah kuah gulai memang meyerap & sedap. Bagi yang tak biasa makan mungkin akan nampak pelik kerana coq kembong manis dicicah kuah gulai. Tapi bagi kami yang memang makanan harian sejak berzaman memang menjadi kerinduan. 

Selalu memang menjadi sarapan pagi terutam hari cuti sekolah. Kalau hari sekolah makan coq kembong tanpa cicah sebab mudah dimakan. Biasanya saya & Achik makan dalam perjalanan ke sekolah. Sebelah tangan memegang handle basikal d sebelah tangan lagi menyuap coq kembong @ cekodok pisang. Achik akan duduk membonceng atas cerier belakang sambil memeluk kuat 2 buah beg. Beg saya dan  beg dia sendiri. Dalam masa yang sama dia juga kena pegang & hulurkan bungkusan coq kembong yang mak bungkus dalam kelongsong surat khabar bekas bungkus tepung gandum. 2 botol air teh 0 juga Achik kena jaga jangan sampai tumpah. Kadang dia memang menjadi tempat saya lepas geram bila penat mengayuh basikal terutama kawasan berbukit yang kami panggil "ghon". Kalau time turun ghon memang syok sebab tak payah kayuh.Siap tunjuk hero tunggang basikal sambil depakan tangan. Pernah sekali  masa turun ghon, ular tedung melintas. Emergency break tapi  memang tergolek betul-betul tepi ular. Nasib baik ular pun terkejut terus menyusur dalam semak. Memang berdarah lah siku & lutut. Basikal dah macam nombor 8...Hihihi

Inilah antara makanan nostalgia yang masih saya suka sampai sekarang. 

CUCUR KEMBONG BOLAT- BOLAT
1½ cawan tepung gandum
1 cawan air suam
½ sudu teh yis mauripan
3 sudu gula
½ sudu teh garam
Minyak untuk goreng

1. Campur tepung,garam,gula dan yis dalam bekas.Masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuh hingga dapat adunan pekat..
Perapkan 10 sahaja minit supaya adunan sedikit mengembang..


JANGAN perap lama sangat. Kalau perap lama sangat jika adunan terlalu kembang bula kita goreng dia tak berapa nak bulat sebab kuih akan "muntah" bahagian atasnya & boleh jadi bentuk dinasor & alien.. Hihihi

Adunan seakan adunan apam tepung gandum. Kenyal & rasa macam ada angin dalamnya. Macam adunan kek pun ya jugak kan.. 

Yis brand Mauri-pan yang saya guna. Yis ni kalau terlalu lama disimpan ia akan "mati". Bila buat kuih, kuih tak mau kembang sebab micro organisme dia telah mati & tidak lagi boleh mengurai butiran tepung. Jadi, kalau buat kuih yang mrenggunakan yis kadang tak menjadi gebu, sebaliknya kuih bentat keras, mungkin bukan salah resipi tetapi kerana yis telah mati. 

4 comments:

  1. Abang Farid kalau dapat coq kembong memang dia soranglah ngadap sampai habis. Suka betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakann orang lelaki kalau kuih goreng mereka mudah terima. Kalau kuih kukus lembik2 mereka jarang nak suka kan cikgu...

      Delete
  2. Ahnaff suka ni coq manis ni. Mami dia baru belajar buat masa pkp 1.0 aritu 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung Ahnaff, mami dia dah boleh buat coq kegemaran dia

      Delete