Thursday 11 February 2021

APOM TEPUNG GANDUM GULA MERAH

 Orang utara panggil "apom". Tapi negeri lain kebanyakan panggil  apam.Kami apam balik tu pun panggil apom balik. Tapi kalau beli kat KL ni,sebut jugalah apam balik sebab nak sebut apom balik satgi depa peliks pulak. Kalau di tempat saya "apam" tu ialah sejenih kuih serabai yang dimasak ketika kendiri tahlil selepas 40 hari seseorang meninggal. Kuihnya dibuat daripada teoung gandum dicampur yis & diletak kunyit supaya kuning. Di tuang sesenduk dalam kuali tyang disapu minyak & ditutup hingga masak. Rupanya tebal  seathekan  english pancake. Tapi tradisi itu sudah semakin ditinggalkan. Jarang sudah menemui kuih apam dimajlis tahlil. Kuih apom masih la dimasak oleh generasi muda tapi sudah ba yak divariasikan dengan pelbagai bentuk & perisa. 

Petang semalam teringin nak makan apom. Sebenarnya teringin nak makan apom tepung beras yang campur tapai nasi tu. Tapi tak buat tapainya. Ragi dah dibeli, cuma tak terbuat lagi tapai nasi


Akhirnya buat apom tepung gandum sebagai altenatif. Alhamdulillah elok kejadiannya. Asal teringin nak makan apom ni masa buat coq kembong tu. Adunannya dua kuih ni sama sahaja. Cuma coq kembong dijemput & digoreng. Apom ni main lambak dalam loyang & kukus. Bezanya kalau buat coq kembong habis, sebab semua suka. Kalau buat apom, silalah terima hakikat hanya akan makan sorang. Takpa sesekali penuhi anak tekak sendiri. 


Makan sambil hirup teh 0 panas. Saja tukar selera buat teh 0 pulak. Asyik kopi sahaja kan.. Dulu mak selalu juga masak kuih apom tepung beras. Kadang kalau keluar pekan pun mak akan beli apom. Saya juga sama. Masa form 6 bersekolah di pekan d tinggal di asrama. Kalau minggu balik kampung, saya akan beli apom di deretan kedai makan tepi stesen bas Mara tu. Beli 5 biji harganya seringgit. Simpan dalam beg bawa balik untuk makan sama-sama mak, ayah d adik-adik. Dapatlah sorang sebiji. Tu yang sedap sangat sebab sikit. Hihihi. Mana boleh beli banyak, duit tak cukup. Tambang bas sampai separuh jalan 40sen.Lepas tu jalan kaki pula redah bendang & hutan 5 batu. Dah itu sahaja pilihan yang ada kerana the kampung saya jauh dari jalanraya. Talian telefon pun tak ada. Sekarang sudah jauh berbeza. Sudah banyak kemudahan

APAM TEPUNG GANDUM 

3 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah kualiti baik (agar tidak berpasir)
1 paket yis mauripan (11gm)
2 cawan air suam
1/2  cawan gula pasir
1 susu teh garam
Sikit minyak untuk sapu loyang
1 cawan kelapa +1/2 sudu teh garam

1. Gaul tepung, gula merah, gula pasir, garam & yis mauripan.
2. Masukkan air suam sikit demi sikit sambil diuli & diramas-ramas
3. Adunan hendaklah pekat & kenyal seperti adunan cucur kembong.
4.Biarkan 20-30 minit supaya adunan kembang.
5. Panaskan kukusan hingga mendidih.
6. Sapu loyang dengan minyak & tuangkan adunan apam ke dalamnya.
7.Kukus selama 1/2 @ sehingga kuih masak
8.Biar sejuk sebelum dipotong & dihidangkan bersama kelapa bergaram.


Buat apom ni tak boleh nak buat sikit-sikit kalau nak kukus dalam loyang. Kalau sikit, kuih nipi, tak feel. Nak buat dalam cawan-cawan kecik pun tak syok. Sedap buat dalam loyang jugak.. Hihihi

Dah sejuk, telangkup loyang.. Haaaaa gebus gebas dia naik macam tilam Dunlop yang tidur di asrama dulu-dulu. 


Sapa  nak makan ni...? Mmmmm makan sahajalah sorang-sorang. Anak-anak semua sombong tak makan kuih mak-mak. 


Potong dengan pisau tumpul, tak lawa la pulak... Dia macam tak nampak sangat rongga kuih

Potong dengan pisau tajam baru licin & nampak lubang-lubang apom macam span ni. 


6 comments:

  1. Mak saya selalu buat apam begini waktu malam, sebelum tidur mak kukus. Esok paginya buat sarapan. Mak kata, sedap bubuh tapai nasi. Wangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..
      Nak membuat tapai nasi tu yang asyik teetangguh.. Hihihi

      Delete
  2. Dulu, arwah abah yang suka buat apam ni. Asal nampak muka sy, dia soh pi kedai beli parut kelapa, esoknya tepung gandum la.. gula merah la.. nak buat apam ni la.. minum ngan teh o panas petang2 lepas mak balik kerja. Arwah abah Masa tu sakit, Tak boleh kerja, jadi dia bosan, asal petang jer buat apam, hahaha. Sy suka makan dengan kelapa banyak, tapi ibu kata, budak2 Tak boleh makan kelapa banyak, nanti cacing, kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, hebat abah SK pandai masak kuih.
      Mak saya oun selalu cakap makan kelapa & ikan banyak nanti cacing.. Minumlah Ritto,esok membuang cacing gelang pun keluar sekali.. Yarkkkk

      Delete
  3. Kat rumah akak ni boss lah yang paling minat apam tepung gandum ni tapi x mkn kelapa parut.Anak2 makan juga tapi sekadar merasa je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak... Masa makan apam ni semalam, memang saya ingat saya pernah baca akak kata akak makan apam ni tanpa kelapa.. Hari ni saya baca lagi. Nak cakapnya semalam makan, saya letepikan kelapa sebab takut batuk musim2 Covid ni.. Tanpa kelapa pun masih sedap kan

      Delete