Sunday 21 July 2013

KUIH KACANG SEPAT, SUP DAGING,SAMBAL IKAN KACANG & KERABU SUUN ...RAMADHAN 11..

Sabtu,lepas balik skolah ganti..ikut mak aku gi Hero...Mak aku nak beli barang dapur & barang nk buat kuih raya...Penat giler rasa ..Hari lain skolah gak tap xla rasa penat sangat..mgkin sbb x ikhlas gi skolah kot..hahahaha

Balik terus tido..sedar2 dh petang..Mandi & x lama waktu berbuka.....
Sup daging + kentang & carrot






Sambal ikan kacang + bendi..Ikan Kacang tau..bukan sayur kacang..mmg nama ikan tu Ikan Kacang...masa mak aku beli tu memang ada tulis kt situ..dalam resit beli barang pun tulis cam tu...
Ni la rupa Ikan Kacang tu...sengaja mak aku amik gambar untuk aku ingat lain kali....


 SAMBAL IKAN KACANG DENGAN BENDI :
 1 ekor ikan kacang-garam kunyit & goreng
garam & sikit gula
minyak masak
5 batang bendi- celur
1/2 limau nipis

Bahan Blend:
3 cili merah
1/2 bawang besar
2 bawang putih

1. Goreng ikan & ketepikan
2. Panaskan sikit minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak
3. Tambah garam,sikit gula
4. Masukkan bendi & ikan goreng
5. Perah limau & rasa asam garamnya



Kerabu suun ngan ulam daun selom+ isi ikan kembung..Yang ni mak & kakak aku yang makan..aku x makanpun sbb x suka...


KERABU SUUN + SELOM
1 cekak suun
1 cekak selom
1/2 bawang besar-mayang
4 cili padi-hiris
1 limau nipis
1 ikan kembung goreng- ambil isinya sahaja
Garam & sikit gula

1. Rebus suun & tapiskan
2. Hiris daun selom,cili & bawang
3. Gaul suun,selom,isi ikan,bawang,cili padi,garam & sikit gula
4. Perah limau & siap

Kuih ...mak aku cakap kuih ni namanya kuih kacang sepat....kuih orang tua2 dahulu..mak aku kata saja mak aku buat sbb nak makan & nak bg anak2 tau ..Buat dengan tepung pulut macam buah melaka..Inti kelapa manis & kuih ni bentuk macam karipap & digoreng...liat2 & manis kata mak aku...hmmm aku x makanpun...Mak aku jew makan..


 KUIH KACANG SEPAT..
1 cawan tepung  pulut
sikit garam
Air
Minyak untuk goreng

Inti Kelapa:
1/2 biji kelapa parut-putih
2 sudu gula pasir
1/2 cawan gula perang gelap
sikit garam
1/4 cawan air
1 daun pandan
1 sudu tepung gandum

1. Masak inti kelapa dahulu. MAsukkan gula,gula perang,garam & 1/4 cawan air dalam kuali & masak hingga mendidh. Masukkan kelapa & kacau hingga kering & sebati. Taburkan tepung gandum sambil dikacau hingga kental.

2. Sediakan doh:
- Bancuh tepung pulut dengan sikit garam & masukkan air sikit-sikit hingga menjadi doh seperti play dough.
- Bahagikan kepada bebola sebesar  fishball
- Leperkan setiap bebola & isi sikit inti kelapa.
- Lipat seperti karipap & x perlu klim
- Panaskan minyak & goreng dengan api sederhana hingga masak.

** Kuih akan  nampak garimg semasa panas & akan lembut serta kenyal bila sejuk.
    Boleh masukkan pewarna hijau untuk nampak seperti warna kacang sepat





Haaa..ni air peberet mak aku ni...Air Sirap Selasih....Mak aku masak sirap tu letak pandan,cengkih,kayu manis & daun limau purut..sedap gilos...Masa cuti nalik kampung mak aku pernah buat air ni...Aqil (ala..adik Haikal kazen aku tu..) hari2 minta air ni...

Aku minta resipi nak tulis tapi mak aku bz.. dia kata nanti dh lps puasa,boleh salin semua resipi makanan bulan puasa tu...mmmmmmmm






No comments:

Post a Comment