Monday 30 April 2018

TERUNG HIJAU MASAK KICAP

Terung Hijau..
Selalu kalau terung warna purple..
Tapi yang ni teung warna hijau...


Ada terung yang purpel panjang macam botol
Panggil brinjal
Ada juga terung yang purple bulat besar-besar
Yang ni bulat bujur macam telur
Mmmm...ni egplant la kot
Sebab memang macam telur
Tapi mak aku cakap ni Terung Thailand
Kalau kat Kedah memang banyak
Nenek selalu beli kat Pasar Lambak
Selalunya nenek akan masak Asam Rebus dengan Ikan Keli
Selau juga nenek rebus buar ulam
Nenek cakap sedap
Mak aku pun cakap sedap
Tapi aku cannot go sebab biji dia banyak sangat




Haaa...kan aku dah cakap biji dia banyak sangat
Biji dia macam saseme la..
Macam kuih apa tu yang chew kat luar dia penuh saseme tu



Mak aku beli hari Sabtu
Balik dari hantar kakak hari Sabtu tu singgah kat Hero
Mak aku cakap nak beli beras SAHAJA..
Mak aku cakap xnak beli barang lain pun
ONLY RICE..!
Aku x masuk Hero
Aku tunggu dlam kereta jer sebab mengantuk
Bila mak aku keluar Hero..
Dah boleh agakkan..?
Bukan beras SAHAJA
Haaaaa...beras SAHAJA tu means beras,terung,mangga,cili,bawang,gula & labu.
Hahahaha...
Mak aku cakap beli sikit jer sebab aku x ikut..
Nanti xde orang nak angkat barang masuk bonet serbab beras dah berat
Hahaha...


Terung Hijau Masak Kicap
Mak aku masak terung hijau tu untuk dinner
Tapi mak aku sorang la makan
Aku x suka terung ni sebab warna dia hijau dan biji dia banyak

TERUNG HIJAU MASAK KICAP
5 biji terung hijau
segenggam ikan bilis
1/2 bawag besar\
2 bawang putih
1 sudu besar cili blend
1/2 cawan kicap
sikit suhun
1/2 sudu teh asam jawa
garam
3 sudu minyak
5 cili padi

1. Terung dibelah- belah dan rendam dalam air supaya tidak jadi lebam
2. Panaskan minyak dan goreng bilis hingga garing
3. Masukkan bawang putih dan terung
4. Tambah kicap dan 1/2 cawan air
5. Masak hingg terung lembut dan empuk
6. Tambah suhun dan asam jawa serta garam
7. Sesuaikan rasa dan tmasukkan cili padi patah-patah dan sesuaikan rasa




Aku makan laukIkan Bilis Goreng Cili Bawag jew
Tapi kuah kicap tu amik jugak la..
Heeeee


Pastu mak aku buatkan Telur Dadar Garing
Aku suka TELUR DADAR GARING MACAM kat sini....

2 comments:

  1. salam,

    ooo cik adik... biasala mak beli beras. lepas tu dia Nampak sayur, buah dan bahan nak masak...cantik baru stock up... might as well beli.. dari nak keluar kemudian.

    efficiency...

    esok bila dah jadi student dan bekerja, bila beli shopping makanan, kena plan ahead and ada contingency plan. So beli bahan yang perlu dan basic. Tapi kalau ada option sayur yang Nampak elok dan segar, maka worth while beli. Sebab kalau benda putus time nak masak sbb bawang dah habis, kadang kadang beli kat corner shop tak berapa cantik quality dan harga sedikit mahal. harga di beli di kedai tu boleh beli lagi banyak dan murah di supermarket yang besar contohnya.
    Begitu juga sayuran, option dan qualitynya agak berbeza sebab bigger supermarket have higher stock turnover.
    Lagi satu nak keluar balik nak beli.. kadang kadang leceh tak berbaloi minyak keta. nak suruh anak pergi kedai.. kesian lak... dia banyak je homework....


    Teringat arwah mak.. bila dia keluar keta masuk kedai.. keluar dengan bahan bahan.. arwah bapak bising dan melawak... masuk je kdai beli... beli..

    tapi bila balik rumah... tahu tahu makanan berhidang.. tak pulak di Tanya bila beli barang. Sebab arwah mak tak suka keluar masuk dua tiga kali nak ke kedai.

    wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...typical mak2 memang camtu ek..
      Tapi masalahnya mak kiter nyee habit suka kumpul barang banyak2 dlm kabinet dapur dh mcm mini kedai runcit..kdg smp expired kena buang camtu jer....Tapi nk kater sgt...takut plk nanti kiter plk terikut .ha3 ..

      Delete