Tuesday 3 April 2018

KERANG TUMIS PEDAS

Semalam petang singgah Pasar Segar..
Mak aku nak beli ayam sebab abang off...wajib la kena masak ayam..
Tapi sebab dah petang,ayam-ayam yang ada nampak dah benyek.
Aku nampak ada kerang...1kg RM18....lebih mahal dari durian
Wah,favourite haku nih...!
Bila cakap pada mak aku ..aku teringin nak makan kerang..
Mak aku setuju..
Mak aku amik 1 scoop & suruh aku gi timbang..
Omak ai...1 scoop tu sahaja dah lebih sepohenggit..
Aku dah cuak...rasa mahal sangat...
Tapi mak aku cakap dah nak buat camaner...kiter bukan boleh gi ke laut tangkap kerang sendiri..
Kenapa sikit sahaja ...tapi berat sangat dan mahal sangat
Mmmm...mak aku cakap sekarang ni kerang memang mahal...
Bukan kerang sahaja tetapi semua yang bukan erang pun mahal...
Cumanya waktu sekarang sesuai untuk beli maknan laut...
Mak aku cakap kalau nak beli makanan laut nenek selalu pesan..
Beli kerang atau ketam ketika musim bulam sedang mengambang..
Bila bulan mengambang....?
Kata mak aku kalau ikut bulan Islam...
Setiap 15 haribulan ..bulan akan mengembang penuh iaitu dipanggil bulan purnana..
1 haribulan biasanya kita x nampak bulan sebab tu kena teropong kalau nak tengok anak bulan ramadhan atau bulan Syawal..
Tetapi setelah beberapa hari akan kelihatan bulan sabit
Bila menjelang bels-belas haribulan bulan akan nampak penuh .
Maksudnya pertengahan bulan Islam sesuai la untuk beli kerang atau ketam..
Ingat tu....mak aku cakap pertengahan BULAN ISLAM
Kalau pertengahan bulan masihi....mak aku cakap doktor pesan x boleh makan kerang,sotong ketam bagai...hanya boleh makan telur dan sardin jer..
Eh,kenapa plak..?
Mak aku cakap sebab kalau pertengahan bulan bajet dah habis dan gaji lambat lagi..!!!
Hahahahaha...lawak la sangat......


Tapi betul la....Tengok lah isi kerang tu
Memang penuh cengkerangnya...
Kerag yang lain pun bila aku buka memang penuh padat isinya...
Patut la kadang-kadang bila beli kerang isinya kecik...
Mungkin masa tu penghujung bulan islam dan bulan sedang mengecil
Lain kali kalau nak beli kerang atau ketam kena semak kalendar islam dulu la...
Kerana kalendar Ismlam mengikut PUTARAN BULAN
Kelendar Masihi mengikut PUTARAN MATAHARI..
Apa kaitan putaran bulan dengan isi ketam dan isi kerang..
Makaku cakapmungkin ketika bulan terang kerang dan ketam dapat makan sepanjang malam sbab terang kot..
Apapun alhamdulillah atas rezeki dan nikmat Allah...
Sejak2 jadi student Tasawwur ni...
Kena la banyak muhasabah dan menginsafi diri kan....hihihi


KERANG TUMIS PEDAS
1/2kg kerang-bersihkan
2 sudu minyak
5 ulas bawang putih-belah dua
1 batang serai
1/2 kiub bilis
1 asam keping
1 tangkai daun bawang
10 cili padi- jika nak extra pedas

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 bawang besar
1 batang serai -hiris

1. Bersihkan kerang beberapa kali dan rendam dalam air yang masukkan 2 batang cili padi patah
    supaya kerang meluahkan kotoran dari cengkerang
2. Panskan minyak dan tumis bawang putih dan serai.
3.
4. Bila sudah naik minyak masukkan kiub bilis dan 2 sudu air
5.Masukkan kerang yang sudah ditoskan
6. Kacau rata dan tutup kuali selama 5 minit
7. Buka penutup kuali dan kacau lagi hingga nampak kulit kerang terbuka
8. Jika guna cili padi-patah-patahkan cili padi dan masukkan.
9. Sesuaikan rasa
10. Taburkan daun bawang hiris..

Kerang yang dah siap dibersihkan. Rendam kerang dalam sebesen air dan patahkan 2 batang cili padi dalam air rendaman tersebut supa kerang membuka cengkerangnya dan meluahkan kotoran.
Basuh beberapa kali dan toskan.
Tips nak pilih kerang:
Mak aku cakap pilih karang yang sentiasa tersengeh...haaaa..yang asyik tersenyum sampai nampak lidah tu

Tapi naper kulit kerang tu x nampak putih
Haaa...mak aku cakap kalau nak bagi kulit kerang tu putih kena la rendam dalam clorox ..
Hahahaha.....


Tumis bawang putih dan serai yang diketuk
Bawang tu dibiar sebiji-sebiji sebab mak aku cakap nak  makan bawang putih tu untuk bang angin dalam badan dan kolstrol
Mak aku cakap kalau bawang tu dah hiris x sedap nak makan.tapi kalau maak sebiji2 bila kunyah rasa dia macam kacang rebus..
Haaaaa...boleh caya ker rasa dia macam kacang rebus..?
bawang putih kot..
Biar la mak aku cakap rasa dia macam kacang ke...macam coklat ker..\
even kalau mak aku cakap rasa bawang putih tu macam durian pun ....
Mmmm...aku memang x akan la....



Masukkan bahan blend dan masak hingg naik minyak. Tambah asam keping dan juga kiub bilis


Masukkan kerang yang sudah dibersihkan..

Gaul rata supaya bersalut bahan sambal


Tutup kuali berisi kerang supaya naik wap dan kerang cepat masak.Tutup anggaran 5 minit


Bila kerang dah nampak terbuka dan isinya mudah tanggal dari kulitnya menandakan kerang dah dah masak..
Sesuikan rasa dan taburkan daun bawang


Ya Alllah....sedapnya Kerang Tumis Pedas ni..
Gaul dengan nasi...
Pastu amik kerang tu sambil sedut2 kuah dia...
Kopek kulit
Amik isinya yang penuh
Sedapnya...sebab fresh


Selai daripada Kerang,mak aku juga masak telur dadar versi rangup
Aku suka ...
Abang la makan banyak sebab abang xnak makan kerang..
Mmmm...abang tu spesis makan ayam ngn telur ayam jer..
Telur dadar garing tu dah pernah share TELUR DADAR GARING RANGUP kat sini..


Ulam Pucuk Gajus..
Mak aku nyer ulam...


Sambal Jantan Kelantan..
Haaa....minggu lepas mak aku ada buat sebotol Sambal ni...
Abang pun suka sambal ni ciciah ngan telur dadar..
Resipi Sambal Jantan ni dah citer  KAT SINI...
C&P la kejap..

SAMBAL JANTAN..mak aku
20 biji cili padi merah ( cili siam/ bangladesh)
1 sudu teh garam
1 sudu teh belacan
1/2 limau nipis
2 sudu cuka
2 sudu gula

1. Tumbuk cili padi merah bersama garam dan belacan.Tumbuk sampai halus sebab cili padi merah ni lebih keras dan  banyak bijinya
2. Bila sudah lumat tambah cuka dan gula serta perahkan limau
3. Rasa dengan cara cecahkan hujung jari pada sambal dan rasa supaya seimbang pedas...masam..masin dan manisnya
4. Sesuai untuk cicah ulam2 dan ayam goreng garing

***
Sambal ini lebih akan terasa lebih sedap setelah disimpan seharian atau semalaman kerana rasanya lebih sebati
***** Penggunaan cili padi merah lebih sesuai dan sedap berbanding cili padi hijau.

2 comments:

  1. salam


    hu terliur nengok.. teringat rendang kerang, sambal tumis kerang, kerang cili/sambal. kerang celur... cicah air asam sambal belacan...

    sini kerang kenit dan berpasiirrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...
      sedap kan kerang...
      Kiter pun suka kerang rebus...
      Tapi mak kiter jarang beli kerang..
      Nanti sis Nor upload la pic kat sana..tingin nak tengok

      Delete