Tuesday, 17 April 2018

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH

Ayam Masak Kicap Berempah...
Mmmm kalau pic blur camtu boleh agak la kan....mesti pic dari mak aku
Kalau pic yang syap elok tu aku  atau kakak yang snap
Kalau pic blur tu mesti mak aku atau abang nyer..
Hahahaha...mak aku tu main belasah jer kalau snap pic..
Lauk untuk kakak bawa balik kolej hari Ahad
Hari Sabtu mak aku dah buat AYAM MASAK KICAP PEDAS kat sini...
Hari Ahad kakak plak request nak bawa bekal Ayam Masak Kicap
Mak aku dah suggest soh bawa Ayam Masak Lemak cili Api..
Mmmm    fav aku tu
Tapi kakak xnak
Kakak nak Ayam Kicap juga walaupun semalam tu hari Sabtu mak aku dah masak Ayam Kicap Pedas



Ayam MAsk Kicap Berempah...
Memang rasa berempah la
Bau rempah..rasa rempah
Walaupun rupa dia nampak cam sama jer ngan Ayam Kicap Pedas
Tapi rasa dan bau dia yang ni lagi kuat sebab mak aku kata guna banyak rempah

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
1/2 ekor ayam-potong dan gaul garam kunyit
2 biji kentang -potong wedges dan goreng masak
1 sudu besar pes asam jawa + 1 cawan air
1/2 bawang besar
1pokok  daun bawang & daun sup
5 cili padi
1/2 cawan kicap manis
minyak

Bahan Rempah:
1 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar rempah soto( boleh ganti rempah sup)
1 sudu besar cili blend

Bahan Tumis:
2 bawag merah
2 bawang putih
2 hiris halia
1 helai pandan
1 paket rempah tumis sup tulang
( kayu manis,cengkih,bunga lawang,buah pelaga)

1. Goreng ayam hingg masak
2. Goreng ubi kentang hingga masak
3. Panaskan 2 sudu minyak dan tumis Bahan Tumis hingga harum
4. Bancuh semua Bahan Rempah dan masukkan dalam tumisan. Masak hingg naik minyak
5. Masukkan kentang dan kicap.
6. Tambah air asam jawa dan adjust air ikut kepekatan kuah yang disukai
7. Tambah cili padi dan bawang besar hiris
8. sesuaikan rasa dan taburkan daun sup & daun bawang



Bahan rempah..
Rempah Kari Ayam
Rempah Soto/sup
cli blend


Kentang dan bahan rempah yang sudah dibancuh bersama


Ayam dan kentang siap digoreng


Bahn Tumis.. bila tengok pic baru perasan   pic masa mak aku tengah siapkan bahan tumis..ada bahan yang belum masuk



Tumis bahan tumis dan masukkan Bahan rempah.Masak hingg naik minyak


Masukkan ayam goreng dan kentang goreng



Masukkan kicap manis. Gaul rata



Masukkan air asam jawa


Setelah pekat masukkan bawang hiris,daun sup dan daun bawang
Haaaaa....nampak x...
Kalau pic yang aku snap baru nampak syap...
Baru nampak jelas..
Tapi tu la..
Kadang time mak aku masak ...\
Tak semua pic aku boleh snap..
Kalau mak aku yang snap memang blur la...



Masak Kicap Berempah ni mak aku kata selalunya nenek akan masak guna Hati Lembu
Mak aku juga pernah masak MUTTON MASAK KICAP BEREMPAH kat sini....
Mmmm .... aku suka mutton
Kalu Lamb lagi aku suk
Tapi ni makanan request dari kakak kan...
Kakak x makan mutton & lamb..
Rugi3....

2 comments: