Monday 15 February 2021

SAMBAL TUMIS NANAS + IKAN BILIS

 

Sambal Tumis Nanas + Ikan Bilis. Sedap dimakan setelah dibiarkan beberapa jam selepas dimasak. Gaul nasi panas + ikan goreng @ ikan masin. 


SAMBAL TUMIS NANAS +IKAN BILIS
1 biji nanas-potong kecil @ cincang
1 cawan ikan bilis
1 sudu teh garam
1 cawan cili blend
1 bawang besar blend
10 cili padi hijau(jika sjka extra pedas) 
1/4 cawan minyak

1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis. Ketepikan. 
2. Tumis bawang blend & cili blend hingga naik minyak
3. Masukkan nanas, ikan bilis & garam. 
4. Masak hingga nanas air nanas kering, nanas lutsinar & naik minyak. 
5.Sesuaikan  rasa & tabur cili padi hijau


Haruslah ada ikan goreng @ ikan masin untuk padankan dengan sambal tumis nanas. 


Ulam & sambal belacan 


Kerana sambal nanas tu lauk mak-mak.. Maka untuk anak-anak  Butter Chicken kegemaran mereka


BUTTER CHICKEN
Bahan ayam:
2 keping dada ayam( dada dari seekor ayam)
4 sudu tepung ubi + sikit garam * serbuk kunyit
(boleh gantikan dengan tepung pedas jer)
1 cawan minyak untuk goreng

Bahan Sos:
1/4 blok butter
1  tin susu cair
2 sudu  serbuk cheese super ring
(@ 3 slices cheesedale)
10  cili padi
1kiub ayam

Bahan Tumis:
1 bawang besar
3 bawang putih
3 pelepah daun kari
10 cili padi cincang

1. Bersihkan dada ayam dan potong jalur anggaran selebar 1 cm
2. Gaul semua isi ayam bersama secukupnya tepung ubi+ sikit garam + sikit serbuk kunyit
3. Panaskan minyak dan goreng isi ayam bertepung tadi hingga garing.toskan
4. Buang semua minyak goreng dan masukkan butter dalam kuali
5. Terus masukkan bahan tumis.Kena cepat tumis kerana buttermudah hangus
6. Bila bahan tumis layu,masukkan susu cair( sebab nak kuah lebih,tambah 1/2 cawan air panas )
7. Masukkan pula ayam goreng garing tadi dan gaul rata
8. Tambah kuib ayam dan cheese super ring untuk dapatkan warna yang cantik dan lebih lemak
9. Sesuaikan rasa dan terus matikan api


Separuh isi ayam dimasak buttet chiken. Separuh lagi dijadikan chicken popcorn. 

8 comments:

  1. Rasanya kalau kita masak sambal nanas tu kena jugaklah sediakan lauk lain utk anak. Tapi kalau buttermilk chicken tu, maknanya kena sediakan satu lagi lauk utk bapak, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish, 3 biji mulut 3 macam selera tu. Tapi tu la saya pun tak minat buttermill chicken ni. Sebab tu masak sambal nanas.. Hihihi

      Delete
  2. buttermilk ni mmg fav budak... tp maknya kureng.. muak dgn lemak butter tu.. hehehe... lauk akak kalau x meriah bukan mak cella lah.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mim.. Saya pun dah tua-tua ni tak minat dah buttermilk chicken tu.. Muak. Tapi anak-anak suka la... Meriah sikit sebabnya anak tekak tak sama taste tu la.. Hihihi

      Delete
  3. Beza lauk-pauk emak dengan anak ye. Ayam buttermilk tu biasanya Abang Farid masak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, untung cikgu, semua hero pun cekap di dapur..

      Delete
  4. Akak dah komen tadi tapi ntah kenapa menghilang pulak...hihii.
    Sebenarnya tergoda tengok sambal nenas tu..suka sangat ,biasalah selera mak2.
    Selera anak2 butter chicken tu dah tentu lah.

    ReplyDelete
  5. Hihihi... Misteri tu akak...
    Tekak kita dah diajar dengan lauk kampung & tidak banyak pilihan. Depa zaman la ni boleh banyak pilihan, makanan readymade pun banyak..

    ReplyDelete