Tuesday 7 July 2020

APOINTMENT HUKM KALI KE-8,BUKA AKAUN BANK & KENA SAMAN DBKL(PKPP-COVID 19

Hari ni appointment @HUKM kali ke-8 sejak 4 Jun 2020
Malam tadi sebelum tidur dah siap ironing baju mak aku, baju aku, tudung mak aku, baju abang. Baju dan tudung kakak xyah iron sebab kakak nak pakai kemeja & jeans jer. Tudung pun kakak pakai tudung pleat.. Takyah iron.
Pepagi buta sebelum azan subuh lagi, mak aku dah kejut aku ngan kakak soh siap.
Kena gerak lagi awal dari sebelum ni
Coz nak hantar mak aku kerja dulu
Pastu terus gerak gi HUKM ngan kakak
Mak aku cakap kena gi awal sebab hari Isnin biasa jalan jem & parking HUKM cepat penuh.
Pukul 6.30 dah gerak hantar mak aku
Pukul 7.45 dah sampai HUKM.


Hari ni rekod datang aaal aku telah dipecahkan oleh patient lain laπŸ˜…
Selalu aku akan dapat nombor 1001..
Tapi hari ni walaupun datang 1 jam aaal dari appointment yang sepatutnya pukul 9.00
Tapi aku hanya berjaya mendapat Naib Johan dengan nombor 1002😁
Tempat pertama telah dirampas oleh Chinese petient😁😁😁
Bapak lama giler tunggu petient pertama tu masuk dalam Bilil 1 tu
Pukul 9 lebih baru nama aku dipanggil.
Haaaa... selalu aku masuk dulu, orang tunggu aku
Now, merasa la camana menunggu
Benarlah Penantian Itu Satu Penyiksaan (mak aku selalu guna ayat tu)
Kata mak aku dolu-dolu ayat tu ada dalam lagu popular.
(tapi aku x tahu lagu tu, hanya dengar mak aku jer nyanyi) πŸ˜…



Bila nama aku dipanggil,
Berdebar la jugak(sebenarnya dah x berdebar dah pun sebab dah 8x appointment) πŸ˜‚
Doc check mata kelopak mata aku yang dah di toreh(sila lah scary🀭🀭) pada hari Khamis lepas.
Hari ni x jumpa Dr Anis pun.
Doc cakap mata aku dah banyak improvement kesembuhannya berbanding minggu lepas
Kelopak mata dah boleh kelepet tapi x boleh lama-lama sebab still bengkak.
Kata doc mata luka surgery minggu lepas belum pulih sepenuhnya.
Luka surgery bawah kelopak mata atas  masih belum bercantum dengan baik.
So, untuk hari ni x boleh buat 2nd surgery
Maybe sebab baru 4 hari kan...
Masih terlalu baru surgery tu
Kena balik, teruskan makan ubat & masukkan cream tu dalam mata
Kalau dah elok luka tu, baru boleh teruskan 2nd surgery tu untuk buang lagi 2 biji chalazion kat dalam kelopak mata aku ni
So, hari ni xyah amik ubat baru
Teruskan makan & sapu ubat yang minggu lepas.
Tapi doc siap cakap bulu mata aku macam makin panjang la...
Memang akupun perasan...


Mana la x panjang kalau setiap hari akunkena shampoo bulu mata tu
Ni ha sebesar2 baby shampoo aku guna
3x sehari
Dah ssbulan bulu mata di shampoo
Doc cakap don't worry..
Mereka akan cuba pastikan mata aku akan elok sebelum masuk study bulan Ogos ni
In Sah Ψ§Ω„Ω„Ω‡...


Next appointment... next week 13 Julai...
9.30 dah settle dah....

Sebelum balik, cam biasa kena singgah My News jap
Tanya kakak nak apa-apa tak,aku nak belanjer
Kakak xnak
Aku beli 2 ketul onigiri ni..
Untuk makan dalam kereta
lapar bai..!!


Memang dah plan dari rumah....
Kalau x buat 2nd surgery hari ni nak settlekan buka akaun Bank Islam untuk PTPTN
Sebab dah servey x jah dari HUKM ada Bank Islam
Sebab hari tu mak aku  cakap dulu masa kakak nak masuk uitm pun kakak pernah gi Bank Islam kat Permaisuri ni.
Tapi kakak kata masa tu orang ramai,so kakak kata merata cari Bank Islam yang boleh cepat & finally dapat settlekan kat Bank Islam Seri Petaling
Mak aku cakap kat situ x ramai orang sebab situ Chinese erea....
Aku memang dah study ...cari info dalam internet..
Kalau nak buka akaun Bank Islam untuk PTPTN kena bawa sekali surat tawaran universiti.
Ingat tau, kea bawa SURAT TAWARAN,MYKAD & SURAT BERANAK ORI ( kalau fotostat dia x terima)Kalau tertinggal kena balik rumah semula amik..
So,aku bawa jer semua dokumen 1 fail
Alhamdulillah segala dokumen yang diminta pihak universiti ,aku dah siap submit by online

Semua dokument   dah settle
YuranRM1200++ dah settle
Gambar ukuran pasport b/ground biru dah settle

Hari ni plan nak buka akaun Bank Islam
Kakak suruh aku gi sorang sebab xde parkig kat situ
Semua parking penuh.
Aku gi sorang,dah isi form
Ramainya orang dalam tu
Agaknya sebab musim orang bukan akaun Bank Islam untuk PTPTN la ni
Macam masa kakak dulu la...memang Que panjang
Masa tu xde Covid 19 kna la Q panjang
Now kena la tnggu kat luar,bila dipanggil baru boleh masuk
Masa kat dalam tu ,ada sorang pakcik tu anoying giler
Nak buka akaun anak dia
Anak dia tu LELAKI kot..
Siap teman masuk dalam bank
Pastu bising marahkan staf bank
Cakap aper lambat lah
Nape lama sangatlah
Kenapa kat luar panas sangat lah
Kejap-kejap gi tanya kat kaunter
Macam la dia sorang jer nak bukan akuan
Yang staff bank tu sabar jer..jawab jer setiap pertanyaan pakcik tu
Dorang x hangin,Aku plak yang rasa panasssssss jer..!
Sib baik x lama lepas tu nama aku dipanggil
Hangin jerk pakcik tu ...
Hihihihi
Syyyyyy....staff Bank Islam handsone giler baq hang..
Berdebar i tau..!!!
Tak sanggup nak bertentang mata bai...!
Hahahaha...
Walaupun dia pakai face mask,tapi aku dapat agak la ke handsomemannya..
Aku nampak dia pun curi pandang aku
Hahahaha (biarlah aku nak feeling perasan jap) kikikiki
Dah la ramah
Dia tanya aku x pernah buka akaun bank ker?
Alamak,camaner dia tahu aku x pernah ada akuan bank( hehehe..cover mal skit)🀭🀭🀭
Dia tanya dapat  universiti mana?
Banyak la dia tanya sambil isi data aku kat PC dia..
Dah lama tu,dia tanya lak..
Naper mata aku bengkak & merah
Hahahahahahahahahaaahaahahhaaha..🀣🀣🀣🀣
Korang boleh agak tak..
Sebenarnya dia buat ramah sebab nak tanya mata aku.
Ingatkan nak tanya nombor handphone ker
(Kalau nk nombor telefon,xyah nak tanya pun,dalam form rtu dah isi..hihihihi)😁😁😁😁
Maknanya dia xnak pun no telefon
Just nak tanya pasal mata jer pun
Ye la ...kan mata aku memang  sah-sah something wrong kan....
Kira beradab lah staf tu
Sebab xde la dia terus tanya pasal mata
Dia ajak borak dulu
Pastu baru dia tanya pasal mata..
Dah dia tanya,aku pun citer lah dari A-Z
Berkerut dahi dia bila aku sebut chalazion
Haaaa...pastu aku cakap kalau nak tahu detail silah Google.
Hahahah sebab urusan aku dah selesai
Hahahahaha...





Haaaaa....dah siap pun
Kad ni ada sentimental value tau
Duit buka akaun ni adalah pemberian salah seorang readers blog namakucella tau
Ada aku pernah ceritakan dlam post REZEKI YANG TIDAK DISANGKA....Covid 19
Aku dah tunaikan janji aku untuk gunakan duit tu nak buka akaun Bank Islam
Lagi separuh aku akan guna untuk buka akaun Maybank
Pastu duit tu akan aku keluarkan semula untuk beli keperluan nak daftar bulan Ogos nanti
Sengaja aaku guna untuk buka akaun supaya sampai ila-bila aku boleh simpan bukti & boleh  ingat budi & jasa hamba Allah yang pemurah ini..


Sampai kat kereta,kakak cakap dapat surat cinta ni
Hahahaha.....x dapat surat dari abang bank
Dapat surat dari abang DBKL la....
Puncanya sebab parking penuh
Kakak parking tepi jalan dekat bank tu
Mulanya kakak tunggu dalam kereta
Tapi masa urusan buka akaun tu ada 1 part tu kena masukkan duit dlam mesin cash deposit
Tak boleh bayar kat kaunter
Seumur hidup aku ...aku takpernah guna mesin tu
Aku memang x reti
Aku terpaksa call kakak suruh masuk jap dalam bank
Haaaaaaaaaa....masa kakak tinggalkan kereta tu sekejap jer untuk tolong aku masukkan duit tu
Masa tu lah abang DBKL datang letakkan surat cinta ni kat wiper
Tak sampai 10 minit pun masuk bank
Terus dapat surat cinta
Huhuhuhuhu
Kakak snap pic hantar kat mak aku by whatsApp bagitau kena kompaun
Mak aku cakap redho jerlah ...nak buat macamana bukan boleh buat apa dah pun
Mak aku pesan  nanti terus jer gi Bandar Tun Razak ada pejabat DBKL yang boleh bayar saman ni
Mak aku soh pinjam dulu duit aku,nanti claim balik dari mak aku
Tapi kakak kata nanti boleh bayar kat pejabat Pos sebab minggu lepas kakak pernah temankan kawan kakak bayar kat pejabat pos
Kakak soh aku gi bayar sebab kat Pejabat Pos pun xde parking
Kang nak bayar 1 saman...kena lagi saman lain plak kang



Aku pun gi la masuk Pejabat Pos
Biasa la kena Que la sebab xleh masuk ramai-ramai
Masa nak amik nombor tu,staff Pejabat Pos dah tanya nak buat urusan apa
Aku cakap nak bayar kompaun DBKL
Tunggu la lagi 7 orang sebelum nomboer aku dipanggi
Bila dah panggil,staff dia cakap x boleh bayar
Sebab saman tu baru beberapa jam
Belum masuk dlam sistem
Kena tunggu beberapa hari baru boleh bayar..
Huawaaaaaaaaaaaaa..
Penatttt
Nak balik
Nak tidur



2 comments:

  1. Alhamdulillah.... Moga lekas sembuh tau mata tu.

    Lawak la bila cella citer pasal bulumata panjang tu, akak teruskan terbayang bulumata unta.. panjang melentik you.. πŸ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ―Ψ§Ω„Ω„Ω‡...
      Berkat rezeki sedwkah dari seorang hamba Ψ§Ω„Ω„Ω‡ (🀭)
      Lawaks..bulu mata unta.
      Macam betul sebab bulu mata kita panjang lurus tapi x lentik
      Tapi siyes memang dah macan bulu mata unta.
      🀣🀣🀣

      Delete