Tuesday 22 May 2018

AIR SIRAP LAICI

Air Sirap LAici...
Minuman untuk iftar petang tadi..
Haaa...dah sahur dah pun....
Bangun-bangun....sahur....


Dah masuk hari ke-5 puasa mak aku belum beli tembikai juga
So..iftar tadi mak aku buatkan Sirap Laici untuk iftar


SIRAP LAICI
1 tin laici
2 cawn gula
1 cawan air panas
1 sudu besar pati sirap rose
1 sudu teh pewarna merah jambu
( supaya warna sirap lebih cantik)
1/4 jug air masak
ice cube

1. Bancuh sirap rose,pewarna merah jambu,dan gula hingga larut bersama air panas
2.Tambah air masak sejuk dan air laici.Buahnya diasingkan
3.Masukkan sirap + air laici dalam jug dan penuhkan dengan ice cube
4. Bila hidang baru dimasukkan buah laici


 Hari  Jumaat dah minum SIRAP SELASIH kat sini....
Tapi kalau sirap plain or Sirap Selasih....
Mak akunakan masak sirap tu dengan herb..kulit kayu manis,bunga cengkih,pandan dan daun limau purut..
Kalau untuk Sirap Laici ...
Mak aku cakap xyah masak sirap ngan herb tu..
Just guna sirap rose dari botol..
Campur air panas mendidih dan gula..
Sebab kalau campur herb dah tenggelam rasa laici..
Lagi 1 mak aku cakap dalam sirap tu hanya campur bersama AIR laici sahaja..
Buahnya jangan dicampur dalam sirap..
Kalau campur dalam sirap nanti buah laici akan jadi merah..sebab buah tu kan putih..kalau dah kena sirap merah..buahnya akan merah la..
So...supaya buah kekal putih..
Letak buah laici masa nak minum..
Nak kasi cantik...lepas dah tuang sirap dalam gelas ...baru letak laici tu on the top...


Balik petang tadi singgah Pasar Segar beli barang
Aku x turun pun sebab hujan lebat
Aku tunggu dalam kereta jer
Basah lencun mak aku redah hujan
Aku dah suruh bawa payung
Tapi mak aku cakap susah nak bawa payung..nanti nak bawa barang bagai..
Mak aku hanya da Laici yang brand ni jer..
Dah tahu dah kalau yang brand ni ...isinya kecik dan kecut..
 Ada brand lain yang buah laici tu bolet-bolat gumuks baru sedap..
Bukan nanti brand mahal..
Yang brand Giant pun isi dia besar2
Tapi dah tiada rotan...akarpun berguna..
Janji ada rasa buah laici


Haaaa...ni cara nak simpan Laici yang dah buka..
Jangan simpan dalam tin dah kalau dah buka
Nanti akan ada bau hanyir..
Aku dah citer pasal CARA SIMPAN LAICI kat sini...

3 comments:

  1. salam Ramadan,

    amboi" Dah masuk hari ke-5 puasa mak aku belum beli tembikai juga "

    amboi cik adik...ayat nya..

    mesti ada sebab mak tak beli tembikai.. sibuk kot... tak pun.. not in season tak pun terkejar... masa dan penat berpuasa... dan mungkin reganya tengah premium...


    kiranya bersyukur la dapat other option....... masih ada minum dan makan yang mak masak....

    selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuhu...kan...
      Kena bersyukur sebab masih banyak pilihan makanan dan minuman...
      Tapi setiap kali puasa mesti tingat juga Air Tembikai...

      Delete
  2. jangan dilayankan perasaan especially tengah puasa... memang sekapal makanan pun tak cukup.

    ReplyDelete