Sunday, 27 May 2018

AYAM MASAK BLACK PEPPER BERSAMA CENDAWAN

Chicken & Mushroom Black Pepper...
Lauk untuk iftar...hari Khamis kot..
Banyak sangat drafd...ada pic jer tapi resip mak aku belum sediakan
Rasanya ni hari  Khamis..
Sebab kakak belum balik lagi masa ni
Mak aku cakap sebab ayam tu ada 2 keping jer dalam peti ais..
So tambah cendawan kasi banyak
Sebab cendawan pun ada stok..


Tapi bila tumpangka  cendawan bersama ayama ayam....cendawan plak yang lebih interframe...
Haaa....pernah x terjadi macam ni dalam hidup korang....
Ko nak tolong kawan...
Sekali kawan plak yang lebey2..
Haaa.....contohnya buat tugasan berkumpulan...
Kawan x dapat joint masa ko nak cari bahan..
Nak siapkan slide show bagai..
Tapi ko xnak la cakap kat cikgu yang kawan tu x menyumbang apa2..
Kawan plak konon rasa bersalah x dapat joint..
Dia pun offer masa presentation nanti biarlah  dia present..
Dah nama pun kerja berkumpulan..
Ko pun dah penat2 cari bahan dan siapkan slide show bagai...
So...ko pun ok...biar dia present...
Apa yang terjadi ialah....
Cikgu meleleh2 puji kawan ko yang bentangkan cakap bagus...isi padat...banyak buat resource...slid menarik....
Oit....itu hasil kerja yang aku buat sampai x tido malam tu..
Yang kawan ko plak dengan senyum cipenzi vangga dapat pujian...
Ko yang kat tepi apa rasa..?????
Adakah ko nak jerit bagitau cikgu..yang itu semua poyo..!!
So...wahai cendawan....sedar sikit...
Ini adalah Ayam Masak Black Pepper...!!!!
Hahahaha...

AYAM & CENDAWAN  BLACK PEPPER
2 ketul ayam bertulang- potong kecik
1 pack cendawan shimeiji 
1 bawang besar
1 cili merah
1 tangkai daun bawang
2 sudu minyak
1 sudu teh garam
1 sudu sos tiram
1/2 sudu tepung gandum + 1/2 cawan air

Baham Tumbuk:
1 sud besar lada hitam biji
1 ketul halia ( sebesar ibu jari)
1 ketul kunyit
( boleh ganti 1 sudu teh serbuk kunyit)
5 bawang putih

1. Ayam dipotong2 dan gaul dengan bahan tumbuk..perapkan 10 minit
2. Panaskan minyak dan tumis ayam perap bahan tumbuk
3. Masak hingga mendidih dan ayam 1/2 masak
4. Tambah sos tiram..garam .
5. Masukkan cendawan dan daun bawang
6. Bancuh tepung gandum & 1/2 cawan air dan tuang dalam masakan tadi sambil dikacau hingga pekat..
7. Sesuaikan rasa

Ayam digaul bahan tumbuk dan marinate 10 minit


Tumis ayam yang sudah diperap bahan tumbuk


Masak hingga ayam 1/2 masak


Tambah sos tiram..garam


Cendawan Shimeiji..potong tapaknya supaya lerai...


Leraika cendawan shimeiji dan masukkan dalam masakan ayam tadi


Gaul rata...


Tuang bancuhan tepung gandum

Daun bawang....lebih sedap jika guna leek sebab leek lebih manis

Sesuaikan rasa & siap....

No comments:

Post a Comment