Sunday, 20 May 2018

HOT & SPICY FRIED CHICKEN

Hot & Spicy Fried Chicken...
Haaa.....bukan Kentucky Fried Chicken tau...
Tapi ni My Mom Fried Chicken...
Tapi ala-ala KEPCI la jugak...
Hahaha...kat tempat aku memang ada gerai jual Ayam Goreng..
Nama gerai tu ialah AYAM GORENG KEPCI..
Yang lawak tu...gerai tu betul2 depan Restoran KFC...
So..kalau nak yang brand...masuk la makan kat dalam KFC..
Kalau yang nak bajet anak ramai boleh beli depan KFC...
Harga dia .....Beza..Memang Berbeza..!!!
Haaa...macam tagline Seng Heng..


Ayam Goreng Hot & Spicy ni aku request kat mak aku sebab mak aku masak NANAS MASAK LEMAK IKAN MASIN kat sini....
Aku x suka lauk tu..
So ..aku minta mak aku buatkan ayam goreng hot & spicy ni..
Aku risau juga takut mak aku x buatla  ayam goreng tu...
Mau aku merajuk macam Upin & Ipin yang merajuk sebab Kak Ros xnak masak ayam goreng..
Heeeee


AYAM GORENG PEDAS 
1/2 ekor ayam - potong 6
1 1/2 cawan tepung pedas
Minyak untuk goreng

1. Basuh ayam bersih
2 . Tabur 1/2 cawan tepung pedas dalam bekas dan masukkan ayam atas tepung pedas
3. Tabur lagi 1/2 cawan tepung pedas dan gaul rata supaya semua ayam bersalut tepung
4. Tabur lagi baki tepung dan biarkan jangam digaul ..
5. Simpan dalam peti ais sekurang2nya 1/2 jam.Ayam akan mengeluarkan juice dan akan menyerrap tepung menjadi lapisan tebal..
Rempah ratus dalam tepung pula membantu ayam cepat masak tetapi berjus didalam isinya.
6. Panaskan minyak dan goreng dengan api besar dan sentiasa balik- balikkan..
7. Jika suka tambah daun kari dan angkat serta toskan ayam goreng

*** Jika suka tepung yang tebal..boleh gaulkan ayam bersama 1 biji putih telur dan gaul dalam tepung pedas..Ulang celup telur..tepung..telur dan tepung jika mahi extra tebal..


Tapi bila tengok mak aku dah siap gaulkan ayam ngan tepung pedas tu...
Haaaa....baru lega ..
Baru aku boleh tido....
Heeee....sebab mak aku cakapnlepas gaul ayam tu ngan tepung...simpan kat dalama peti ais..
Nanti dah berbuka baru mak aku goreng
Supaya dapat makan panas2...crunchy...!


Taraaaa.....
Dah ciap aku nyer lauk...
Tapi aku makan nasi sikit jer..
Ayam tu aku makan 3 ketul..
Hahahaha....kira dinner plate la kan...
Hahahaha....



Dessert hanya buah mangga...
xde kuih untuk iftar hari Jumaat...

Kurma ada la...
Kurma ni ada ceritanya...
Mak aku cakap Kurma Anak Yatim
Kisahnya 2 orang anak yatim yang telah memberi kurma ini  dan sebungkus biskut untuk mak aku..
Ada kisahnya kenapa anak2 yatim itu memeber kurma ini kepada emakku..
Mak aku cakap mereka bersungguh2 memeberikan sekotak kurma dan sebungkus biskut  kepada emakku
Kerana kesungguhan mereka untuk memberi..
Maka untuk tidak menghampakan mereka...
Maka kurma ini dan biskut yang diberikan...
Mak aku suruh aku makan supaya pahala sedekah akan kembali kepad si pemberinya..
Ada kisah disebalik nya....
Nanti akan aku ceritakan kemudian..
Tetapi pengajarannya ialah..
" Kaya BUKANLAH pada berapa banyak harta yang dimiliki...
TETAPI pada berapa banyak harta yang mampu disedekahkan..."

3 comments: