Tuesday, 29 May 2018

GRILL CHICKEN & BLACK PEPPER SAUCE

Grill Chicken With Black Pepper Sauce
Iftar hari Sabtu...
Kira Western la cara we all kan....
Hari ni pic terang sebab kakak yang snap guna camera Fuji aku..
Kalau selalu pic kelabu asap tu mesti mak aku guna h/ phone jer
Kalau aku yang cantik akit tu aku yg snap..heee
Kakak la senyum panjang bila mak aku cakap nak buat grill chicken...
Masa suruh kakak gi beli ayam....
Mak aku ngah bz buat biskut raya
Dah bertahun...kalau  bulan puasa jer...weekend adalah hari untuk mak aku buat biskut raya..
Mak aku cakap itulah side income untuk belanja raya...tol...petrol bagai...
Kadang ada juga mak aku amik tempahan anyam sarung ketupat...
Kalau anyam sarung ketupat...selalunya sambil masak sambil mak aku anyam ..
Mmm...yang tu aku x boleh nak tolong sebab aku memang x reti nak menganyam sarung ketupat.



 Selalunya kalau buat biskut raya   .makbaku cakap x boleh nak masak lauk bagai...kecuali biskut tu siap cepat..
Kalau belum siap mak aku cakap kena masak yang simple2 sebab tangan yang tengah buat biskut x boleh la sambil buat biskut sambil potong bawang bagai sebab nanti biskut bau bawang kang...haaaaa
Ayam pun mak aku grill dalam pan vantage jer
Tahun lepas pun kalau mak aku bz baking biskut raya banyak la makan ayam..lamb bagai sebab mak aku cakao kalau makan grill x banyak songeh & x bnyak kerja....marinate & masuk jer dalam oven...biar oven yang menyelesaikan tugas
Oven yang besar skit tu buat baking...
Oven hitam kecik buat grill ayam bagai..
Ni dah oven hitam mak aku dah bawa balik untuk nenek...
Mak aku cakap untuk nenek nak buat bengkang ubi ker...nak bakar ayam ker..
Sebab tu sekarang kat umah ni nak grill ayam..kambibg bagai hanya guna pan vantage jer..
Oven biskut tu mak aku x kasi aku grill ayam bagai..
Mak aku cakap yang tu khas untuk baking jer

Ayam tengah grill dalam pan vantage
Seekor ayam....potong 4..
Tapi mak aku cakap pilih ayam yang sedang2 jer..supaya isinya juicy

CHICKEN GRILL
1 ekor ayam - potong 4
1 sudu butter
1 sudu teh garam
1 sudu besar oregano
1 biji lemon- hiris nipis
1 sudu teh lada hitam tumbuk

Bahan Blend:
1/2 bawang besar
1 ketul halia
5 bawang putih

1. Perap ayam bersama bahan blend,garam,lada hitam dan oregano.Selalunya guna rosemary..
Tapi hari ni tukar guna oregano..
2. Perapkan beberapa jam @ sekurang2nya 1 jam
3. Susun ayam dan lemon hiris  dalam pan dan sapu butter
4. Grill hingga setiap belah nampak berkerak dan masak
5. Hidangkan bersama wedgaes...broccoli & black pepper sauce



 Walaupun panggang dalam pan jer
Tapi garing & juicy sebab pan tu bertutup dan boleh pusingkan terbalikkan tanpa buka penutup untuk bakar lagi sebelah


 Mak aku cakap semua dah macam musang..
Makan ayam sorang 1/4 ekor..
Hahaha...
Ala...bukan besar sangat pun..
Ayam kecik jer...

POTATO WEDGES
4 biji kentang
4 sudu tepung goreng ayam pedas
minyak

1. Basuh kentang dan potong wedges.
2. Kukus @ masukkan dalam air mendidih selama 2 minit supaya kanji kentang keluar dan kentang jadi sedikit melekit
3. Gaul dengan tepung pedas..
4. Goreng hingga kekuningan dan angkat serta sejukkan..
5. Goreng sekali lagi hingga garing dan rangup

*** Sebaiknya popato wedges disediakan lebih awal...digoreng 1/2 masak dan frozenkan..
Bila nak makan barulah digoreng sekali lagi hingga garing dan rangup diluarnya..



Kentang yang sudah dikukus/ celur sekejap dan digaul dengan tepung pedas


Goreng 1/2 masak dan sejukkan


Goreng sekali lafi gingga rangup



 Broccoli diceraikan kelopaknya dan basuh
Masak 1/2 periuk air hingga mendidih dan masukkan 1 sudu teh garam.
Bila air bergaram mendidih...masukkan broccoli dan celur lebih kurang 2 minit
Angkat dan masukkan dalam air berais supaya broccoli kekal rangup dan hijau..Gaul dengan sedikit minyak dan serbuk lada hitam


Hidangkan bersama black pepper sauce..

BLACK PEPPER SAUCE

1 biji bawang besar
2 bawang putih
1/2  cawan lada hitam biji- tumbuk halus
2 sudu sos tiram
1 sudu besar tepung gandum
1/4 cawan kicap manis
1 sudu teh garam
1 kiub bilis
1 sudu teh gula
2 sudu butter/ minyak

1. Bawang besar dan bawang putih diblend halus
2. Lada hitam dibasuh dan keringkan dalam tuala dapur..Tumbuk hingga halus
3.Panaskan minyak/ caikan butter dan tumis bahan blend hingga warna bertukar lut sinar
4. Masukkan lada hitam tumbuk,sos tiram,garam,kiub bilis,gula dan 3 cawan air.
5. Masak hingga mendidih.
6.asukkan kicap manis
7. Bancuh tepungvgandum bersama 1/2 cawan air
8. Tuangkan bancuhan tepung gandul kedalam sos sambil dikacau hingga pekat

Whole Black Pepper...
Lada hitam biji...
Tip dari my mom....
Untuk hasil yang lebih baik...gnakan lada hitam berkualiti yang nampak bernas dan berisi biji lada..
Ada sesetengah lada hitam yang dijual banyak mengamdungi lada yang kemek...ringan dan  tidak berbiji..hanya kulitnya sahaja.
Begitu juga jika membeli lada hitam serbuk..
Pilih yang banyak mengandungi warna putih..kerana yang putih itu bijinya dan yang banyak bewarna hitam...menandakan banyak kulitnya..
*** lada hitam yang ini dibeli di Speedmart...
       dalam pack hijau tempat rempah ratus..
Kena tulis supaya aku ingat...sebabdalam bulan ramadhan ni dah 3x aku kena tjrun kat Speedmart beli 3 pack lada hitam ni..
Sebab pack dia ada sikit jer lada hitam lebih kurang 1/4 cawan sahaja..tetapi mak aku cakap walaupun sikit tapi berkualiti...nak bandingkan yang selalu beli kat H***


 Basuh dan keringkan lada hitam sebelum ditumbuk..
Kenapa perlu basuh dulu..?
Mak aku cakap sebab pekerja akan pijak dan berjalan2 atas lada hitam ni semasa buah lada hitam fresh  dijemur untuk proses pengeringan...
Eee...naper pijak..?
Ala...mak aku cakap memang la akan dipijak sebab temoat lada tu dijemur memang luas..
Cili kering...bagai pun memang mcm tu..
So...basuh jer lah....xyah nak salahkan pekerja tu


 Tumis bahan blend


 Sos Lada Hitam sedang dimasak


Homemade Black Pepper Sauce ...
Fresh....setengah periuk..
Memang x habis nak makan dengan seekor ayam..
Tapi mak aku cakap memang sengaja buat lebih untuk simpan dalam peti ais..
Pasni kalau nak guna makan ngan ayam ke...kambing ke....fries ke...mmmmm


Sorang 1 set ..
Aku...
Mak aku....
Kakak....
Abangnya mak aku simpan supaya nanti abang balik @ boleh makan waktu sahur...
Tapi abang balik dah pukul 5 pagi sebab tengok bola kat mamak..
Abang cakap dah sahur tosei kat mamak..
So...abang x makan pun..
Sahur aku bangun jus habiskan wedges ..
Makan roti sekeping & minum segelas susu..



3 comments:

  1. salam

    nanti bila nak balik Kedah bawa sekali cool box. Lepas tu bila kat kampong beli lah ikan udang sotong yg di jual dalam pinggan yang elok tapi murah.. siang dan basuh.. siapkan garam kunyit. udang...sea food serta ikan udang. hari nak balik baru masukkan dalam cooler box dan letakkan ice sikit. sampai kl cepat epat letak di freezer rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa...aaaa la...
      Kiter x pernah terfikir macam tu..
      Boleh suggest kat mak kiter ni...
      Mmm....bagus3..
      TQ sis nor for idea....muah2

      Delete
  2. salam

    setiap kali balik kg tu pesan pada mak beli sotong ikan udang banyak banyak boleh tahan sebulan dua pun tak pe.

    tapi bagusnya ikan udang sotong di siang basuh garam kunyit letak gula sikit seblm pack utk sekali makan. lepas tu letak dalam peti ais. mana ikan yang suka rebus dan goring.. boleh buat. beli la cool box yang besar sikit dua pun tak pe. elok bawa ikan udang seafood dan yang beku dan letak ais. ikan ikan yg berjualan di kampong semuanya bernilai tinggi di kl. Padahal di kg biasa ajaaaa tapi

    ReplyDelete