Sunday, 20 May 2018

BUBUR GANDUM

Bubur Gandum....
Dessert iftar semalam...
Hari Sabtu..
Ramadhan ke - 4 ...1439
Bubur Gandum ni mak aku jer yang makan...
Hanya mak aku yang suka..
Aku x minat bubur2 ni kecuali Bubur Pulut Hitam..
Bukan la x makan...
Cuma x minat..
Sebab Bubur mesti lemak dan manissss
Kalau aku rasa nak makan...
Aku makan la sikit...

Memang mak aku makan sorang jer
Sebab masa shur pun mak aku tanya abang..
Abang pun xnak...
Orang lelaki mana suka mender2 manis lembik camni..
Orang leleki biasanya suka kujhw souvury macam Karipap ke...
Jarang kawan2  aku yang lelaki nak suka mende2 manis camni kecuali air dorang nak yang manis
Satu lagi kalau cari aweks...dorang nak yang manis ..!
Macam aku la....walaupun x cantik tapi ada sikit manis maaa....!!
Hahahaha....

Actually...mak aku cakap ni gandum yeang baki masak bubur gandum sebelum puasa hari tu la
Mak aku cakap kalau simpan lama-lama akan ada kutu beras
Haaa...kellas kutu beras makan gandum
Gandum meang rupa dia macam barli
Kalau nak tahu beza antara gandum dan barli boleh rujuk
BUBUR GANDM vs BARLI kat sini...




Mak aku masak 1/2 periuk kecik
Tapi kalau dah makan sorang jer..
Memang x berhabis la...!!
Aku boleh habiskan kalau BUBUR PULUT HITAM macam kat sini....


Mak aku cakap Bubur Gandul ni banyak nostalgianya...
Kata mak aku dolu2 kat surau kamoung ...
Kalau bulan ouasa akan ada jer orang yang jadikan Bubur Gandum ni sebagai moreh...
Gandum ni sekali pandang macam barli...
Tapi barli ada perbezaannya..
Nak tahu???
Boleh rujuk info pasal

BUBUR GANDUM
1 cawan biji gandum
1 kotak kecil santan
1 ketul gula melaka
3/4 cawan gula putih
1 helai pandan
1/2 sudu teh garam

1. Basuh gandum dan rebus dengan3 cawan air hingga mendidih
2. Sementara rebus gandum...jerang 1 kettle air panas..sebab 3 cawan air tadi x cukup untuk melembutkan biji gandum
3. Bila air rebus gandum mula kering,tambah air panas agak2 dalam 2 cawan dan terus rebus lagi.
4. sentiasa tambah air panas bila kering .jangan tambah air sejuk sebab kalau tambah air sejuk nanti mengganggu peroses masak dan  amibil masa untuk mendidih semula

*** Tambah air panas sikit demi sikit berulang kali sambil kacau supaya biji gandum kembang dan pekat..
JIKA terus rebu dengan sebanyak air sekali gus...nanti bubur gandum x berapa pekat..Bijinya tetap kembang tapi pekatnya x cantik macam kita tambah air sikit demi sikit..

5. Bila gandum sudah kembang cantik masukkan daun pandan..
6. Tambah 1/2 kotak +  sidikit air panas supaya kuah boleh mendidih.Air panas tu ikut kepekatan yang diingini..INGAT nanti bila masuk gula kuah akan mencair sedikit lagi
7. Masukkan gula dan garam serta sesuikan rasanya
8. Masukkan baki santan pekat tanpa campur air dan biar mendidih sekali sahaja dan matikan api
    Tujuannya santan x pecah dan bubur lebih lemak berkrim

4 comments:

  1. ingatkan oats..
    eh diluar sana ramai lelaki suka kuih manis manis selain dari perempuan cantik manis...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A...aaa kan...macam oats la..baru perasan..
      Tapi kawan2 kiter yang lelaki x suka kuih manis...perempuan cantik mereka suka...

      Delete
    2. memang gandum tu oats. tapi di gelekkan flat macam emping.. tu aja

      Delete
  2. kawan kawan awak yang lelaki... tu budak lagi... esok dia dah try kuih lain lain.. sure suka.. sebab sekarang otak belum berkembang..

    ReplyDelete