Thursday, 19 February 2015

TOMYAM KUAH PEKAT & BUAT PES TOMYAM SENDIRI...!!!

Tomyam Kuah Pekat....!!!
Semalam nyer untuk lunch...
Peberet kakak nih Tomyam Kuah Pekat...



Selalau kalau balik kakak akan ajak mak aku makan kat AJ sebab kakak kata kuah tomyam kat situ pekat & pedas berapai...!!!



Semalam mak aku masakkan Tomyam Kuah Pekat nih....!!!
Puas hati kakak..
Nampak la kakak sibok nak tolong mak aku masak....

Tapi bila tanya resipi...kakak tersengih je sebab mak aku yang masak...!!!



TOMYAM KUAH PEKAT.. mak aku
10 udang
1 bawang kuning-belah-belah
1 serai-potong
5 daun limau purut
1 batang sadri
1 buah tomato/5 tomato ceri
10 cili padi
2 limau nipis
3 cawan air
1sudu susu pekat
5 sudu susu cair
garam
daun ketumbar
1/2 cawan pes tomyam...resipi dibawah

1.  Masak pes tomyam bersama 3 cawan air hingga mendidih..
2. Masukkan serai..daun limau...tomato...bawang garam.
3 . Bila mendidih masukkan udang & sadri
4. Sebelum angkat baru masukkan susu pekat..susu cair & perahkan limau...
5. Tabur daun ketumbar
 


Kata mak aku kalau buat tomyam kuah pekat ni kena buat pes sendiri baru kick..!!!


PES TOMYAM
15 cili kering
1 potong lengkuas
1 potong halia
1 bawang besar
2 bawang putih
2 sudu udang kering
2 sudu sos ikan
2 sudu pes asam jawa
garam & gula melaka
2 pokok akar ketumbar & daun limau purut
1/2 cawan minyak

1. Basuh cili kering,bawang besar & bawang putih & goreng dalam minyak hingga harum.
2. Bahan yang dah goreng di blend bersama akar ketumbar, udang kering  & 1 cawan air.


3. Dengan menggunakan minyak yang diguna untuk goreng cili dan bawang tadi,tumis bahan blend hingga garing.


 4. Tambah garam,gula,sos ikan, asam jawa , daun limau purut & terus kacau hingga naik minyak...


5. Sejukkan sebelum dimasukkan dalam botol. Boleh digunakan untuk masak tomyam....buat perencah nasi goreng & juga goreng mee...

No comments:

Post a Comment