Tuesday 11 May 2021

TELUR GABUS CHEESE

 Semangat nak beraya tahun ini sedikit teruja sebab katanya tahun ni boleh ziarah rumah ke rumah dengan syarat tidak melebihi 15 orang dalam sesatu masa.


Duit kecik dah standby untuk kanak-kanak.Setiap malam bila lepas maghrib ramai kanak- kanak bermain mercun dan bunga api kat court futsall dekat parking tu.Setiap malam tengok mereka berkumpul main bunga api ,saya mengira secara kasar anggara berapa orang kanak- kanak.Selalunya dalam 30- 40 orang yang bermain bunga api dalam court tu.Bagusnya mereka memang hanya akan bermain bunga api & mercun dalam open court tu sahaja tanpa mengganggu tempat lain.Bermula selepas maghrib & selepas jemaah terawikh surau balik,mereka juga turut balik ke rumah masing- masing.Itulah rutin mereka setiap tahun kecuali tahun 2020.Tahun ni bermula 1 Ramadhan lagi setiap malam meriah bunga api & mercun  yang menambahkan semarak malam & suasana puasa .Saya mencongak anggaran kasar mungkin bilangan itu juga yang akan beraya rumah ke rumah pada hari raya nanti.


Tapi semalam bila di umumkan PKP seluruh negara,ramai lah yang jantung juga turut luruh bersama hati yang luluh.Apakan daya takdirnya begitu kerana kes covid semakin serius .


Pagi saya sempat pilin cemilan dari Indonesia ini.Telur Gabus Cheese.Masa tu belum tahu yang seluruh negara akan PKP bermula 12 Mei.Saya merajinkan diri kerana saya jangka cemilan ini akan menjadi kesukaan kanak- kanak sebab lemak-lemak cheese & rangup.

Resipi & step by step boleh rujuk KAT SINI


TELUR GABUS CHEESE...kat sini pun ada...



Buat guna 1/2 kg tepung ubi & 1/2 blok parmesan cheese yang diparut.


Dapatlah 1 balang kecik & 1 balang sedang.

Malam lepas iftar mengunyah sendiri habis juga 1/2 balang kecik..hihihi sendiri buat sendiri la makan.

Biskut raya saya dah siap isi dalam bekas kuih raya.Punya semangat nak raya...Tak apalah jika tahun ini masih bukan rezeki nak beraya ramai- ramai.Harapan jangan putus ..

Mungkin biskut raya yang dalam balang belum berusik lebih 10 balang tu akan jadi rezeki orang lain...

5 comments:

  1. Nampaknya mengunyah kuih anak beranak sajalah ya

    ReplyDelete
  2. Ha serupalah saya, biskut, kudapan semua dah isi dlm balang.Nampak gaya kita aje lah yg makan.

    ReplyDelete
  3. Tu la konon tahun ni nak siap awal2 agar tak kaluit.Mmm...tak kaluit sungguh la.Takdak sapa boleh raya rumah orang..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Anak-anak memang suka rasa cheese.
    Marilah kita sambut rasa seadanya dalam suasana PKP.

    ReplyDelete