Friday 21 May 2021

KETUPAT PALAS GORENG,PERNAH MAKAN TAK?

 Kali ke- 2 ketupat palas Syawal 1442 ni.

Baki ada lagi dalam 20 biji di frozenkan.Saya frozenkan ketupat yang dah rebus masak.So,bila nak makan just kukus sekejap sahaja sudah lembut.Kalau nak makan sebiji dua sahaja tak payah kukus.bila tanak nasik dah kering,letakkan beberapa biji ketupat frozen  tu atas nasi yang dah kering.Dalam 5 minit ketupat dah lembut

tapi kali ni saya nak makan ketupat palas goreng.Buka kulit ketupat & goreng dalam minyak panas hingga garing.In sha Allah tak melekat & garing rangup luarnya.



Ketupat goreng ni mengingatkan nostalgia dulu-dulu.Kalau raya mak saya akan masak paling sikit segantang pulut.Segantang tu lebih kurang 4kg la pulutnya.Bukan mak sahaja,orang lain pun memang akan buat ketupat raya banyak-banyak & digantung bergugus di alang dapur supaya tahan lama.Maklumlah,masa tu ketupat hanya dibuat pada hari raya atau acara tertentu sahaja,bukan macam sekarang boleh makan hari-hari.


Setakat 3,4 hari raya tu ketupat masih elok tidak basi,cuma sedikit keras.Biasanya mak akan kukus semula nak bagi lembut.Kadang mak alas zink atas dapur & bakar ketupat tu hingga kulit ketupat nampak hangus & isi dalamnya garing berkerak.Harum sangat baunya.Paling rajin bakar ketupat ni ,kakak mak iaitu Mak Lang.Masih terbayang berasap-asap mulut Mak Lang kunyah ketupat yang masih panas.Sambil makan ketupat bakar Mak Lang akan hisap rokok daun.Jangan pelik,kerana orang tua-tua dulu kat kampung memang lelaki perempuan kebanyakan hisap rokok daun isi tembakau sambil kunyak sirih pinang.Tapi mak tak termasuk la sebab mak kata mak akan pening kalau hisap rokok daun.Mak hanya kunyah sirih pinang.Itupun dah lebih 20 tahun kot mak dah tinggalkan amalan tu.Tapi sesekali balik kampung saya masih mencari sirih pinang untuk dikunyah.Pernah ajar Cella makan sirih pinang untuk kenalkan dia dengan sirih pinang ni dalam CARA MAKAN SIRIH PINANG ...kat sini.Walaupun dia anak jati KL tapi dia juga "lebih kampung" dari kakak & abangnya.Hihihi


Ok,sambung ketupat goreng.Kerana tak dapat nak bakar ketupat macam dulu- dulu.Kita goreng dalam minyak.Bogelkan ketupat tu & goreng garing.Mmmmmm sedap dia macam ketupat bakar juga,cuma tidak seharum ketupat bakar.Garing di luar,lembut di dalam.Lawankan dengan Sambal Udang Adah..Jangan lupa secangkir kopi O panas..Layannnn rasa sambil layan kenangan.

8 comments:

  1. Menariknya! Belum pernah cuba. Kalau ada lebihan ketupat daun palas, nak juga cuba goreng.
    Pernah dulu masa kecik-kecik tengok ibu-ibu merokok guna daun rokok iai tembaku dan cengkih. Sempat juga tengok makcik makan sirih. sekarang semuanya tinggal kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan,dulu-dulu swlamba sahaja makcik-makcik merokok daun nipah isi tembakau tu.Curut pun ada Hinggakan iklan curut juga sama terkenal macam iklan rokok sigeret.Ingat lagi tembakau paling harun ialah tembakau cap nanas yang diisi dalam celepa.Curut yang famous pula ialah curut cap ikan.Hihihi

      Delete
  2. Sy suka baca cerita2 nostalgia mak cella.. x sangka pulak ketupat blh dibakar ya. Kalau ketupat goreng mmg ada dijual di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, tapi digoreng bersama daun palas sekali. Sedap garing2, lemak & manis, tp agak berminyaklah. Pakcik sy kalau balik KB mesti akan borong byk sbb bos2 Jepun dia suka sgt2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketupat Kelantan comel- comel kan.Ada lemak,manis & inti serondeng.Saya suka yang lemak.
      Wah,orang Jepun pun suka ketupat palas yer!

      Delete
  3. Sebenarnya, sy kenal dgn ketupat palas goreng sejak belum kahwin lagi, tapi goreng dengan kulit2nya. Kalau ke Kuantan, selalu beli ketupat palas goreng yg dijual di Pasar Beserah.
    Sedap, lemak, berminyak, hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goreng dengan kulitnya lagi harum la kan sebab daun tu ada aroma goreng.Boleh cuba ni sebab ketupat frozen ada lagi.Hihihihi...

      Delete
  4. Keluarga saya di pekan phg, mmg akan goreng ketupat palas bila nk makan. Tapi dengan daun sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh..bila nak makan baru goreng yer.Pernah tengok kawan- kawan dari Pantai Timur bawa ketupat palas siap goreng.Ketupatnya comel2 saiznya

      Delete