Semalam petang masak laksa Johor untuk iftar puasa 6.Dah lama plan nak masak laksa Johor tapi asyik tertangguh.Laksa Johor ni kan renyah sikit nak menyediakan.Renyah tu dialek kami maksudnya macam banyak step atau banyak kerja la.
Lagi 1 kuah dia kena guna ikan tertentu sahaja + isi udang & ikan masin tertentu juga bagi menjaga kualiti.Cara masak kena pandai main dengan api & pekat cair kuah tu supaya naik minyak.Hihihi
Laksa Johor dimakan dengan spaghetti.Spaghetti tu plak kena "chap" kan kemas-kemas.Saya memang boleh buat "chap" tu ,tapi sekadar boleh sahajalah..tak kemas & tak sama saiz.Tak mau la ngaku tak pandai kan...Hihihi
Kalau zaman kanak-kanak dulu selalu tengok mak-mak buat "chap" ni ada 2 perkara.Satunya buah "chap" laksa kebok.Kebok tu acuan tembaga untuk buat laksa beras beramai-ramai lepas musim menuai.Laksa yang siap dipulas dengan kebok & direbus dalam kawah akan dibasuh beberapa kali & di"chap" macam sanggul lintang.Selalunya aktiviti ni dibuat dekat telaga sebab nak pakai banyak air.Kuahnya pula kuah lemak utara guna ikan haruan,keli yang ditangkap dari sawah yang kering selepas musim menuai.
Satu lagi "chap" dalam dialek Kedah ialah semai (anak padi) yang dicabut dari tapak semaian & diikat lebih kurang secekak- secekak untuk di bawa kesawa sebelum ditanam.Ikatan kecik secekak tu dipanggil"chap".Kalau ikatan anak padi tu besar dalam 1 pemeluk dipanggil "unting".
Ops ada 1 lagi chap iaitu Chap Goh Mei.Hahahaa...
Ni ulam saya versi Jebat Derhaka ...hihihi
Ulam laksa Johor pun depa kalau ori ,timun tu kena peeling nipis-nipis mengikut bulatan timun & baru dihiris.Tu yang macam hirisan bawang Holland tu timun la tu.Saya boleh buat potongan tu,tapi macam biasalah,kerja saya memang tak kemas.Hihihi.
Ulam lain tu kena ada lobak masin,bawang besar,cili,tauge & sambal belacan.Saya takdak tauge,guna kobis sahaja.Takdak limau kasturi,ganti lemon.Ops,kalau ikutkan kena ada ulam daun selasihku sayang baru ngam.
Ni adik beradik selasih juga.Daun dia cerah sikit & bau dia lebih kuat.Nama dia pokok kemangi.Sedap masukkan dalam masak lemak kuning ikan haruan.
Jom sambung pasal laksa Johor yang saya masak semalam
Kuah laksa ni kena bagi pecah minyak .Masa dok tunggu nak tangkap pageview kat blog Amie's Little Kitchen tu,saya dok masak kuah ni la.Mana boleh tinggal.Nasib baik baik Adah take over tangkap page view tu.Hehehehe
Kuah laksa ni kena bagi pecah minyak .Masa dok tunggu nak tangkap pageview kat blog Amie's Little Kitchen tu,saya dok masak kuah ni la.Mana boleh tinggal.Nasib baik baik Adah take over tangkap page view tu.Hehehehe
Rasanya kali terakhir masak laksa Johor ni dah berbelas tahun dah kot.
Adik saya Achik selalu menyebut2 kesedapan laksa Johor yang saya masak dulu tu.Saya tau,dia mesti mengharapkan saya masak lagi.Tapi tu la,saya jadi takut tak sesedap yang saya masak dulu tu kang,rosaknya kredibiliti..!Hahahaha
Eh,Achik pun tengah iftar.Dia masak Lontong sambal udang la....Patutlah lepas tu mak call cakap Haikal datang hantar lontong & speghetti untuk iftar puasa 6.
Eh,kami ni orang Kutub Utara ka orang Kutub Selatan?
Hahahaha
Jangan jadi orang terkutuk sudah!
Hihihihi...
Hihihi ...Sebab tu saya takut juga nak share resipi.Tambahan pula ada sikit-sikit unsur Jebat Derhaka dalam penyediaan laksa Johor saya ni.Hihihihi
Sebaiknya rujuk dengan pakar baru betul-betul ori.Salah sorang Johorean yang boleh dirujuk ..AZLITA AZIZ...
Tapi saya dok tunggu juga lagi sorang Johorean SERI KANDI DI TANAH JAUHAR ni up laksa Johor dalam bulan Syawal ni.Hihihihi
Tercabar betul kita dibuatnya bila Kedahan masak Laksa Johor ni.. bak kata sorang kawan kita, kena sembah ratu dulu 🤣
ReplyDeleteSejujurnya bab buat kuah laksa Johor tu, kita tak pernah buat, sebab mak atau kakak punya department 😅 tapi kalau chap spaghetti dan aksesori tu, bolehlah. Memang renyah buat LJ ni, apa2 makanan klu nama laksa memang renyah. Yg senang Asam Laksa Maggi jer 🤣
Hahaha,Asam Laksa Maggi betul tak renyah
DeleteTak rasa nak tukar ke department kuah LJ ke SK?
Ambil lanilmu dari mak & kakak tu.Nanti boleh share ngan kitorang
sedapnya laksa johor...tgh isu hot perang laksa kan aritu
ReplyDeletehehehe...Laksa Johor memang sedap
DeleteTapi tu la,nak mencari kerajinan tu yang susah tu..hehehe
Lupa dah rasa laksa Johor sebab lama sangat tak jumpa. Nak buat belum sampai seru hihiiiii. Pokok selasih dan kemangi tu subur betul. Saya banyak kali tanam tapi banyak kali mati. Nanti nak tanam lagi dan nak beri kasih sayang sepenuhnya.
ReplyDeleteLaksa Johor ni bagi saya dia agak "heavy" berbanding laksa asam.
DeletePokok selasih tu mak saya cakap.. kalau semai biji selasih yang kita buat minuman tu pun,in sha Allah tumbuh cikgu..