Raya tetap raya.Patutnya dah mula puasa 6 ni.Insha Allah sehari dua lagi jika diizinkanNya.
Semalam Adah ajak masak lontong.Merata mencari tempe,semua tak ada.Pukul 7 pagi dah gi pasar.Hanya gerai ayam & daging yang buka.Gerai sayur hanya sebuah sahaja yang buka pun memang tiada tempe.
Pukul 7.45 pagi dah tercegat depan Hero.Rupanya ramai dah beratue walaupun Hero akan buka pukul 8.30.Lebih 1/2 jam berdiri dalam barisan panjang.Bila Hero buka sahaja semua serbu masuk & sebahagian lagi terpaksa menanti di luar kerana terlalu ramai.Masuk sahaja Hero,rak sayur masih kosong.Lori ayam & lori telur tengah loading .Lori lain pun baru sampai,lori sayur belum nampak.Memang tiadalah tauhu tempenya.Masak jugak lah kuah lodeh tanpa tauhu & tempe
Nasi impit.Saya masih setia dengan brand Adabi.Walaupun hari tu ada sekali beli,nasinya lembik & riuh kat social media Adabi mohon maaf kerana ketupat lembik & ramai yang komplen masa raya.Nasib baik yang saya beli sejak beberapa bulan lepas ,keras elok kejadiannya.
Buah orange.Tak tahu apa spesisnya,sebab penuh dengan biji.Tapi isinya manis & berjus.Salam Hari Raya ke-4
Ok jew tanpa tempe...masih tetap sedap kan. Ada juga sekali saya jumpa oren penuh biji...tapi isinya manis.
ReplyDeleteTapi tak puas sebab mencari2 tempe dalam kuah tu.hihihi
DeleteYes Raya tetap Raya...asal ada fav food...tapi kadang Hati ni nak koyak jugakkk cemuihhhhh kena kurung🤦
ReplyDeleteBukan Israel jer koyak dengan netizen Malaysia kan...Kita pun kekadang koyak tengok hi way jem musim raya..huhuhu
DeleteIman request nak lontong yg mak dia buat, hurmm.. kena cari bahan ni, tapi tempe kena asing sebab Iman tak makan tempe, hehe
ReplyDelete