Thursday, 20 May 2021

PERNAH TAK MAKAN LAKSA DENGAN SATE?

Ini tiada kaitan dengan "Perang laksa" yang tengah trending  disocial media sekarang ni...hihihi


Tapi is about variasi makan sate laksa bercampur sate 


Bunyinya pelek tapi ia salah satu makanan yang popular satu ketika dulu di pekan nat ( pasang minggu) Simpang Empat  di Kedah.Tak pasti sekarang masih wujud @ sudah berkubur.


Saya pernah ceritakan kepada anakanda Cella & pernah dikongsikan dalam old post

LAKSA CAMPUR SATE ....kat sini


Kerana teringin ,walau tiada sate ,saya makan laksa bercampur kuah sate & ketulan daging sebagai ilusi sate daging.

nikmatnya hanya yang pernah makan & kena dengan anak tekak.Jangan pernah berkata pelek kerana rasanya memang sedap & unik.Jangan juga tidak tahu jika ke Perlis ada laksa memang dihidang & dimakan bersama pulut udang aka pulut panggang.Bukan makan asing-asing tapi memang pulut udang diletak atas laksa & dimakan bersama laksa.
Apapun laksa bersama sate bagi saya gandingan yang mantop.Kuah laksa bergabung serasi dengan kuah sate & saya suka.
Nak tahu kebenarannya...silalah cuba


10 comments:

  1. Tak pernah dibuat Pak Inche ni, tapi kalau di Johor, sate mcm ni selalu dihidangkan bersama lontong, mee rebus atau mee bandung, itu pun bukan semua tempat ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belah Kola Ketil rasanya takdak kot laksa makan dengam sate ni.Macam lontong dengan sate tu juga,hanya sesetengah tempat.Tapi kita boleh jer buat dengan cara mudah.Beli laksa & sate,balik makan kat rumah..hehehe

      Delete
  2. Pertama kali tengok orang makan laksa dgn pulut udang rasa macam pelik, tapi bila dah makan eh sedap pulak rasa nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..bila makanncampur macam tu rasa bertekstur makanan tu...memang sedap

      Delete
  3. "Perang Laksa" tu memang buat ramai craving laksa, kan...haha..1st time dgr campur kuah sate ni. selalu makan asing-asing je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...Sampaikan laksa kat kedai pun payah nak cari stok.Hahaha
      Lepas ni boleh cuba laksa makan dengan sate plak..hihihi

      Delete
  4. Alor ibus simpang 4,laksa mesti ada kuah sambal kacang ini zaman 90an dulu...😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la,zaman sekolah dulu pernah la tau ada jual kat nat Simpang Empat tu.Alor Ibus ,belacan dia tak leh teng oooo...sedap

      Delete
  5. Teringat kuah coto makassar, dalam kuah mesti ada kacang tanah kisar. Tapi tak sama rasanya kalau makan laksa dengan sate.
    Ini dah kira menu fusion, kawinkan laksa dengan sate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum pernah makan coto makassar.Pernah tengok kat Sabah tapi nyesal pulak tak cuba.Bila baca post2 cikgu pasal coto makassar tu rasa macam sedap pula hirup kuahnya.

      Delete