Tuesday, 4 May 2021

KERABU IKAN BILIS -IFTAR 21 RAMADHAN 1442

 Semalam teringin sangat nak makan kerabu ikan bilis.


Eh,habis pula la sebekas besar tu makan berdua beranak dengan Adah.Anak bujang makan nasi ayam beli.Ada juga Ada beli tauhu bergedil & martabak daging 2 keping.Depa dua beradik tu yang habiskan.Saya hanya berminat dengan kerabu ikan bilis ni sahaja.Pun saya buat kerabu simple sahaja tapi dah kena dengan taste,maka saya anggap sedap la...hihihi


KERABU IKAN BILIS

2 cawan bilis bersih.           2 biji buah tomato.             1 bawang besar - hiris.      5 cili padi merah.                 1 limau nipis.                        2 pokok  ketumbar.           garam & gula perang.         

1. Bersihkan bilis & goreng garing.Ketepikan

2. Hiris nipis bawang,cili padi merah & buah tomato.                                 

3. Gaul bawang,tomato,cili ,gula & garam.



Ikan bilis goreng garing..
Mak saya cakap hari tu baru dapat tips nak goreng bilis bagi garing.Lepas basuh bilis,gaul dengan sikit garam sebelum goreng.Sebabnya bila dah basuh,ikan bilis agak tawar.So,bila dah gaul sikit garam supaya bila goreng dia jadi garing

Sebab nak makan waktu iftar,maka saya gaul semua bahan kecuali ikan bilis.Ikan bilis tu dah nak makan baru saya gaul dalam bahan lain supaya kekal rangup.

Siap..


Memang meratah kerabu bilis la .Sedap,masam,manis,masin & segar dari daun ketumbar.Bukan semua orang suka daun ketumbar sebab saya pun dulu tak suka.Masa dulu rasa macam daun ketumbar ni busuk macam kesing.Bila dah tua,suka pula daun ketumbar.

7 comments:

  1. wak ingtkn mek klate ni suka bebenor mamam kerabu., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...marah orang Klate Wak oyak kawe ni oghe Klate gak.Moga kawe ni dop comey supa mek Klate....hihihii

      Delete
  2. ikan bilis goreng garing memang sedap. kadang ratah2 jew gitu dengan kacang tanah goreng. Bila dah jadi kerbau bertambahlah sedapnya kalau bertemu dengan nasi putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3...Saya pun suka meratah bilis rangup.Kat Sabah best la bilis cantik-cantik & jauh lebih murah dari sini

      Delete
  3. Sedap ni.ikan bilis yg dah siap berkopek pun ada.mesti nak cuba.bahan pun simple.nk cari daun ketumbar aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la buat habuan celek mata masa buka posa..Hahaha

      Delete