Tuesday, 4 May 2021

LENGKONG SANTAN

Kuih pertama masak untuk puasa kali ini.Seingat saya,sepanjang hidup tidak pernah lagi bulan puasa tak buat kuih.Kalaupun bukan setiap hari, yang pasti jika dikumpul sepanjang Ramadhan, berjenis-jenis kuih,bubur dan pengat akan  dimasak sebagai juadah.Sedang zaman susah masa kanak-kanak pun,emak tetap akan buat kuih setiap hari tanpa tidak waima hanya buah melaka.Kebiasaan itu terbawa-bawa hingga saya beranak pinak.Tapi bukan tahun ini,bilamana saya langsung tak masak kuih atau bubur untuk iftar.


Namun semalam,buat pertama kali dalam bulan puasa 1442,saya masak lengkong santan.Pun guna stok agar- agar tali yang entah stok bila dalam storage box tu.Sengaja saya letak nama lengkong santan sebagai mengenang nama agar-agar ni dalam buku Sains Rumah Tangga masa tingkatan 2.Dulu dalam buku teks SRT tu ,agar-agar ditulis sebagai lengkong.Sedangkan masa tu bagi kami di Kedah lengkong tu memaksudkan cincau,manakala agar-agar pula kami sebut"agaq-agaq".Kadang hanya disebut "gaq-gaq" sahaja.Kalau lengkong ,itu adalah cincau hitam tu.Sampai sekarang pun generasi tua batch emak saya & sewaktu dengannya masih memanggil cincau sebagai lengkong.Masih segar dalam ingatan saya kalau di stesen bas atau pekan sahari,jualan minuman "ais lengkong" bewarna hitam dalam balang air memang popular.

Saya masak guna 1/2 pack agar- agar tali cap burung layang- layang tu.Kalau agar- agar serbuk lagi sedap kenyal-kenyal.Resipi saya C&P dari SINI

AGAR-AGAR SANTAN TRADISIONAL
1 paket agar-agar strip( 20gm)
1.5 liter air ( 3 botol air mineral yang 500ml)
1/4 cawan air pandan pekat + sikit pewarna hijau
1 cawan santan pekat( betul-betul pekat)
( kalau guna santan kotak = 1 kotak kecil)
1 cawan gula- ikut manis
1 sudu kecik garam halus
2 helai pandan - simpul

1. Basuh dan rendam agar-agar supaya cepat larut bila dimasak nanti
2. Boleh juga basuh dan terus masak bersama 1.5 liter air hingga mendidih dan agar-agar larut sepenuhnya.( hati-ahati sebab bila mendidih agar-agar mudah meruap)
Jika meruap ..cepat-cepat kecilkan api)
3. Bila agr-agar sudah larut,masukkan pandan simpul,garam dan gula.Biar gula larut
4. Masukkan perahan pandan + sikit pewarna hijau supya dapat warna hjau terang
5. Tambah santan pekat dan sentiasa kacau supaya santan tidak meruap
6. Selepas masukkan santan masak lagi agak-agak 5 minit
7. Basahkan loyang supaya nanti mudah nak kuarkan agar-agar
8. Tuangkan agar-agar dalam loyang basah dan biar beku sebelum dimasukkan dalam peti ais.
9. Bila betul-betul sejuk baru potong

Kuih yang paling senang dalam dunia kot.Hihihi
Mana taknya,hanya rebus sampai mendidih,tambah perisa & biar sejuk.Itu sahaja prosesnya.Tak payah nak uli,gentel,goreng atau kukus bagai. Cuma yang selalu jadi sedikit masalah nak agak jumpah cecairnya.Kadang keras,kadang lembut bergantung kepada airnya.Kadang air dah sukat sama banyak pun,hasilnya lain -lain bergantung kepada jenis agar- agar.Pernah juga beberapa kali terkena agar-agar tali yang bila kita dah masak,biar beku keras.Bila potong kita pegang dia hancur berderai.Bukan sebab terlebih cecair,tapi memang jenis macam tu.Tak tahulah kot itu tandanya agar-agar dsh expired atau memang jenisnya macam tu.
Untuk sukatan air,saya pernah R&D
 ( cewah..r&d la sangat)
Hihihihi......





6 comments:

  1. Orang selangor memang panggil lengkong.lagi senang lengkong sirap ros.santan pun tak perlu letak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam best pulak sebut lengkong...
      Kan lengkong sirap kalau dulu wajib la ada time kenduri kahwin & hari raya

      Delete
  2. Kami panggil lengkong gak, hihi.
    Betullah, walaupun kuih paling senang tapi sy tak pandai agak sukatan cecairnya. Kalu yg serbuk tu sy pandai sikit, pun malas jugak nak melengkong. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pandai la nak masak agar-agar serbuk.Kenapa dia selalu berketul bila tuang dalam air ..?
      Baik beli jer SK...hihihi
      Macam saya masak semalam.Sampai hari ni masih ada.Macam tak berbaloi dah nak masak kuih muih ni

      Delete
  3. Teringat zaman dulu, memang dipanggil lengkong. Selalu jumpa di tempat orang kawin. Ada lengkong merah dan lengkong hijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan cikgu..Zaman kita dulu memang jadi rebutan la.Budak2 sekarang dah kurang minat

      Delete