Monday 24 May 2021

MAKAN NASI LAUK SAMBAL KERING PUN ENAK BANGET!

 Saya memang suka lauk- lauk kering.Kalau berkuah,saya suka yang kuahnya pekat & hanya perlu letak sedikit sahaja pada nasi.Iya,selera manusia kan tidak sama.Kalau sama macam tak meriah la dunia masakan...hihihi


Semalam saya masak sambal kering ikan bilis mata biru.


Campur juga tempe goreng,kentang goreng & cili padi hiris



Ya ampun,enaq banget sih!

Digaul sama nasi panas-panas,cukup hanya satu lauk ini sahaja bisa menambah sepinggan lagi.Kemana perginya hidangan suku suku separuh?

Jawapannya ...

Ke Laut Dalam...!!!!!!


SAMBAL KERING.

2 cawan bilis mata biru yang halus.

2 biji kentang- potong wedges nipis.

2 keping tempe- hiris nipis

1 genggam cili padi hijau- belah dua.

1 asam keping kecil.

1 batang serai - titik

1 genggam cili padi merah - belah dua.

1 bawang besar- hiris bulat.

Minyak,garam,gula.


Bahan Blend Halus:

10 cili kering.

1 bawang besar.

3 bawang putih.


1. Goreng garing bilis,kentang & tempe berasingan .Toskan.

2. Dalam minyak gorengan anggaran 1/2 cawan,tumis bawang ,serai,cili padi merah & cili padi hijau yang sudah dibelah.

3.Bila layu,masukkan bahan blend .Tambah garam,gula & masak hingga naik minyak.

4. Matikan api & biar sambalnya sejuk sedikit baru dimasukkan semua bahan gorengan & gaul rata supaya tempe & bilis kekal rangup.Siap.


4 comments:

  1. Nanti DSSS boleh kutip balik di laut dalam.
    memang lauk kering-kering sangat membuka selera. Janji, jangan masak banyak lauk memang menambah-nambah nasi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...nak menyelam kutip balik tu kena kental la jiwa.

      Tu la kalau tak masak lauk macam ni mungkin bokeh menyelamatkan keadaan.Hihihi

      Delete
  2. Rugi makan SSS
    Selagi sedap di tekak, PPM (penuh penuh melimpah) pun takpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...idea yang bernas ni wak,kalau jenis aktif berkebun macam wak la..Kalau jenis tak keluar peluh ni,boleh patah jarum timbang.hihihi

      Delete