Sunday, 23 May 2021

IKAN KALOI 1.3KG vs IKAN PUYU

 

Tadi Aqil, hantar pic ni by whatsApp bagitau anek dapat ikan besar.Anek tu panggilan Aqil kepada mak saya.Masa kecik dulu dia pelat panggil nenek tu sebagai anek.Sampai sekarang lekat dia panggil anek.hihihi.

Aqil cakap anek mancing dapat ikan kaloi besar.Pastu mak pula call follow update bagitau ikan tu dah ditimbang beratnya 1.3kg.Kata mak sambil balik kampung mak singgah kat sungai sekejap memancing untuk hilang ketagihan memancing.Rezeki pulak dapat ikan kaloi besar.Kata mak nak masak 3 rasa untuk iftar sebab mak & semua family Achik berpuasa.


Kami kat KL pun ada 9 ekor ikan.Ikan puyu sahaja la...hihihihi
Ikan ni pun hasil kami pancing kat tali air tepi rumah Achik masa dapat rentas negeri awal tahun hari tu.Asalnya ada 13 ekor.Sekor dah mati sebab lompat keluar dari air.3 ekor lagi saya bawa ke tempat kerja letak atas meja kerja.Ni kat rumah ada 9 ekor habuan terapi mata & hilangkan bosan.Bela ikan puyu sahajalah sebab ikan ni lasak & tak payah pasang oksigen.Hihihi

6 comments:

  1. Maaaakkk aaiiii! Ikan kaloi 1.3 kg! Pergi Indonesia baru merasa kaloi @ gurame!
    Banyaknya pelihara ikan puyu. Memang lasak ikan inikan, tak letak oksigen, tak bagi makan pun hidup juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ni baru 1st time mak dapat ikan kaloi ni.
      Kata mak Achik tak makan ikan kaloi sebab takut termakan daging mak sendiri macam dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah.Hihihi

      Delete
  2. Daging ikan puyu lebih sedap daripada gurami

    ReplyDelete
    Replies
    1. La yer ker. ..
      Saya membayangkan ikan kaloi ni lagi sedap sebab tak pernah lagi makan ikan kaloi

      Delete
  3. Ni ikan yg makan nasi ngan syaur keladi tu kan????

    ReplyDelete