Sunday, 2 May 2021

LAKSA KUAH SARDIN TIN - IFTAR 19 RAMDHAN 1442

 Semalam membaking biskut raya sikit.Lepas Zohor melangut sengsorang kat rumah.Terfikir nak iftar apa.Adah keluar.Dia cakap balik nak singgah Bazar Ramadhan Permaisuri.Dia kata nak beli Nasi Kenduri Kahwin lagi macam yang dah beli hari Khamis tu.Dia tanya saya nak apa.Mmmm,saya tak nak apa-apa.


Saya masak laksa untuk saya.Buat laksa kuah guna ikan kurung sahaja.Hihihi..

Ikan yang dah lama terkurung dalam tin.Guna 1 tin kecik tu saja.Tapi saya guna sardin yang isinya ikan mecerel.Kalau yang tulis sardin tu isinya kecik & lembut sangat.Kalau ikan mecerel tu isinya pejal & lebih sesuai buah kuah laksa.Dalam tin ni ada 3 ketul ikan mecerel.Saya masak versi kuah lemak Kedah.C&P dari old post

LAKSA KUAH SARDIN
1 Keping laksa kering - rebus hingga lembut, basuh & toskan

KUAH SARDIN
1 tin sardin macerel
1/4 kotak santan kara
3 cawan air
1 asam keping
1 bunga kantan/1 pokok daun kesum
1 sudu teh garam
1/2 paket kecil serbuk kari ikan
1 bawang merah - hiris
1 sudu minyak

Bahan Ulam
2biji telur rebus
1/4 batang timun - hiris
1/4 bawang besar - hiris
1 pokok daun selom - hiris
1 limau nipis
Cili padi potong - jika nak pedas

1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.
2. Masukkan remoah kari yng dibancuh dengan 1/2 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering
3. Masukan sardin macerel yang dilenyek bersama sosnya. Tambah 3 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.
4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & masukkan bunga kantan/daun kesum
5. Sesuaikan rasa
6. Masuklan laksa ke dalam mangkuk d sieam kuah hingga banjir. Tambah ulam

Laksa kuah sardin.


Lepas Zohor melangut sengsorang kat rumah,dengar announcement dari surau suruh ambil bubur lambuk.Terus capai tudung ,gi ambil bubur lambuk.Tahun ni dah 2 kali saya gi ambil bubur lambuk surau.

Bubur lambuk dia sedap.Hanya buat setiap Sabtu.Maklumlah AJK surau pun  semua pakat kerja kan.Hanya weekend ada yang cuti.


Adah balik beli nasi kenduri ni lagi untuk dia & abang dia.Saya dah cakap untuk saya jangan beli apa- apa.Saya nak makan laksa kuah sardin

Entah apa benda la dibelinya


Tahu begedil lagi dibelinya.Dia kata nak makan sebagai moreh.Huhuhu adakah moreh hanya akan tinggal kenangan.Sebab sekarang kat surau pun dah tak ada moreh sebab nak elakkan berkumpul ramai- ramai.Kata Cella kat masjid UniSZA moreh biasanya depa bagi kurma & air mineral.Alhamdulillah,dengar dia selalu gi terawikh kat masjid ,lega sikit hati.Dulu dia selalu sebut cakap kalau dapat masuk U dia nak terawikh kat masjid.Semoga dia istiqomah tunaikan janjinya & semoga Allah jagakan iman & akhlaknya serta semua anak- anak kita.




9 comments:

  1. Banyak juadah berbuka puasa. Mudah-mudahan Cella terus istiqamah solat terawih di masjid UnisZA. Sejuk perasaan kita dengar anak-anak suka dekatkan diri kepada-Nya lagilah di bulan mulia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnm.In sha Allah.Kita sebagai mak memang tak pernah putus doa untuk anak- anak ..kann cikgu

      Delete
  2. Alhamdulillah, insyaAllah, anaknda Cella sentiasa dalam peliharaan-Nya.

    Baca resepi Mak Cella, terasa kuah laksa Johor plak sebab ada letak rempah kari ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn...Terima kasih atas doa.Doa yang sama juga untuk anakanda Iman.

      Ya SK,kuah lemak Kedah ada iras kuah laksa Johor cuma bahan lebih ringkas & kuah laksa Johor lebih pekat & berperisa

      Delete
  3. Selamat berbuka puasa.
    Ramai juadahnya.

    ReplyDelete
  4. kalo baca nasi kenduri kawen lagi? wahh kawen lagi dan lagi.. sonoknyerr 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤣🤣
      Tajam pula mata Qak Lat kalau pasal kawin lagiii yer....hihihi

      Delete