Semalam hari terkahir berpuasa sunat 6 hari bulan Syawal untuk saya.Puasa 6 jer lah yang terakhir.Tapi hutang masih berederet..tapi in sha Allah ada masa hampir setahun lagi sebelum tiba Ramadhan berikutnya.Cuma tak tahu lah umur sempat sampai atau tidak...huhuhu
Kalau yang tak pernah buat,bayangkan picit & lurut coki-coki.Haaa macam tu la..Kemudian saya akan buatkan pisau kecil menggunakan sembilu buluh.Sembilu memang tajamnya ya ampun,mampu melukakan & menghiris perut/usus ayam.Kalau silap caturan,terhiria tangan dengan sembilu tu,pedihnya berdenyut lama mengalahkan luka kena pisau.Walau luka nampak sembuh,ngilunya lambat nak hilang.Sebab tu kalau hati terluka,disamakan pedihnya bagai disiat sembilu..!Pisau kecil daripada sembilu tu dijolok dalam perut ayam untuk membelah perut/usus ayam tadi supaya senang nak bersihkan.Cucilah dengan meramas tali usus tu bersama air campuran limau nipis hingga putih bersih tiada lagi kotoran & potong pendek- pendek.Semua bahagian dalaman ayam yang dah bersih ni biasanya saya akan masak goreng lada hitam.Dapat gaul minyak kuning berlinang tu dengan nasi panas,huh,nikmatnya sambil berdesup pedas lada hitam.
Mengimbau nostalgia itu,walaupun bukan menggunakan organ dalaman ayam sebaliknya daging,tapi rasa sedapnya masih seperti dulu.Sedap sungguh pada lidah saya.
Gaul daging goreng lada hitam dengan nasi putih.Suap berulamkan pucuk tenggek burung,memang sedap sangat.
DAGING GORENG LADA HITAM.
1/2kg daging- rebus & hiris agak nipis.
1 cawan bunga kobis- hiris
2 biji tomato buah- belah
1 bawang besar- hiris
1 ketul halia muda- mayang
1 cili merah- hiris
1 sudu teh garam
1/2 cawan minyak
Bahan Tumbuk:
1/2 cawan lada hitam biji
(saya tambah sikit lada putih biji)
5 bawang merah
5 bawang putih
1 ketul kunyit/ 1 sudu serbuk kunyit
1. Panaskan minyak & tumis halia bahan tumbuk.Sebaiknya bahan ditumbuk.Jika blend,kena masak lama sikit supaya kering airnya.
2. Masukkan daging hiris bersama sikit air rebusannya.
3. Masukkan garam,bawang,tomato & bunga kobis.
4. Masak hingga nampak keluar minyak.Sesuaikan rasa & tabur daun sup
Sejak kanak-kanak lagi saya suka makan nasi gaul lauk yang kering berminyak.Kalau tak ada arah sangat,minyak goreng ikan tamban masin tu pun saya cedok gaul dengan nasi.Nikmatnya hanya yang tahu jer tahu..Sebab tu susah nak slim.Hahaha.
Berlinang minyak kekuningan yang berperisa ni.hihihi...
Anak dara bongsu tu request nak megi goreng untuk iftarnya.Goreng sekali telur mata.Layan sahaja la sebab kesian dok mengadap assignment yang bersilih ganti.
Tapi dulu masak tak adalah tambah bunga kobis & tomato tu,sebab jarang mak beli sayur.
Anak dara bongsu tu request nak megi goreng untuk iftarnya.Goreng sekali telur mata.Layan sahaja la sebab kesian dok mengadap assignment yang bersilih ganti.
Eh,sekali kakaknya pun nak juga.Nasiblah,sebab dah cuci kuali malas dah nak tambah telur mata.Anak bujang keluar cari minyak masak.Katanya semua kedai & 99 Speedmart panjang orang beratur walaupun dah nak pukul 8.Pukul 8 lebih baru dia sampai rumah
Depa makan megi.Saya melayan daging goreng lada hitam sambil.menjilat jari yang meleleh minyak(jangan tiru aksi bahaya ini!)hihihi
Warna kunyit memang terus melekat! Masaklah apa pun jadi warna merah atau hitam tambah serbuk kunyit, bila kuah tuang ke nasi mesti ada kesan warna kuning kunyit.
ReplyDeleteBetul tu.Lagi-lagi kalau kunyit hidup.Tapi kalau kunyit hidup harum bau dia
Deletesaki baki minyak yg kuning tu lah yg sedap kak.. gaul² dgn nasik... kalernya je dh boleh membuka selera
DeleteKan...Kolestrol belakang kira...hehehe
Deletesedapnya menu ni. dah lama xmkn daging goreng lada hitam. bleh cuba resipi ni nnti
ReplyDeleteCuba la..Kalau jenis suka lauk kering-kering in sha Allah kena dengan selera.Buat dengan sotong pun sedap
DeleteSy pun tak pernah jemu makan maggi 😍
ReplyDeleteTak pernah lagi masak daging lada hitam balik2 masak sambal, kari, sambal, kari.. hihi
Hahaha..SK kan geng remaja ..( walupun purba) hihihi
DeleteSedapnyer
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
Alhamdulillah.....
Delete