Thursday 13 May 2021

AIDIL FITRI 2021 DALAM PKP 3.0

 Selamat Hari Raya Aidil Fitri.Maafkan zahir & batin.Raya dalam PKP 3.0 la kita semua di seluruh negara..huhuhu


Awal-awal pagi meneruskan tradisi membuka pintu  seluas- luasnya kerana hari ini hari raya.Juadah raya,duit raya sudah disediakan walau hanya seadanya sahaja.Menanti juga  tetamu terutama tetamu cilik untuk memeriahkan raya di teratak kecil ini. Tapi saya hanya bermimpi disiang hari..huhuhu.
Semua takut nak berkunjung rumah ke rumah.Silap caturan,melayang RM5k.Tuan rumah pula kalau kena  katanya mau juga RM25K.Maka,siapa sahaja yang berani nak engkar?????
Maka terimalah hakikat beraya dalam PKP 3.0

Jom la makan anak beranak sahaja.

Ketupat daun kelapa harga kayangan

Kuah kacang

Serondeng daging


Tidaklah raya namanya bagi kami tanpa ketupat palas.


Rendang daging . Raya ni kita makan daging sahaja.Rendang & serondeng.Ayam dah beli tapi tak masak pun.Esok-esok lah pulak.Rendang sekuali dengan serondeng & kuah kacang seperiuk tu pun memang dah plan nak hantar ke rumah jiran- jiran sorang sikit untuk sama merasa air tangan

Lemang daun tebu.Selalu orang guna daun pisang,tapi yang ni daun tebu digunakan sebagai alas dalam buluh lemang.
Aromanya sunggu harum & unik.Boleh tengok video di bawah prosesnya

Projek anak bujang bersama rakan- rakan sekerja semalam di Ulu Langat.Seronok dia dapat pengalaman bersama menyediakan lemang dari mula hingga masak.


Biskut raya .Isi 6 bekas ni sahaja.Selebihnya bersusun lagi dalam kabinet dapur Pun sudah plan untuk agihkan kepad jiran kiri kanan & depan ni.Kek & kerepek belum berhidang sebab malas nak buka.Hihihi...
Plan nak keluar bergambar di KL macam tahun lepas raya dalam PKP 1.0.Namun semuanya hanya angan-angan.Info yang diterima,pihak berkuasa mengadakan sekatan jalan raya dikebanyakan jalan arah KL.Tidak sedikit pula khabar beserta gambar sudah ramai yang dikenakan saman kerana berkumpul ramai untuk beraya.Apakah hari raya dalam erti kata raya sebenar untuk kita adalah yang terakhir pada 2019...??
Hanya Allah yang lebih mengetahui...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.Maaf Zahir & Batin



4 comments:

  1. Selamat hari raya maaf zahir batin..
    Semoga Allah berkati kita semua..

    Akk pun buat serba sikit.. makanan utara.. selatan.. jawa & melayu..
    bergambarlaa dengan 3 cucu keliling umah.. 3 cucu di Besut .. 3 cucu di Subang jaya hanya panggilan video.. Rindu hati seorang nenek tak terucap.. cucu2 pun sedih .. mcm2 request bila blh rentas nnt.. Tapi bila???? sedangkan usia nenek kian bertambah.. menghitung hari yg x pasti bila..

    Semoga Allah tambahkan usia kita semua dlm sihat walafiat agar bertemu Ramadhan tahun2 mendatang.. Insha’Allah..

    Didoakan Cella sekeluarga dlm Barokah Allah..

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya maaf zahir batin..
    Semoga Allah berkati kita semua..

    Akk pun buat serba sikit.. makanan utara.. selatan.. jawa & melayu..
    bergambarlaa dengan 3 cucu keliling umah.. 3 cucu di Besut .. 3 cucu di Subang jaya hanya panggilan video.. Rindu hati seorang nenek tak terucap.. cucu2 pun sedih .. mcm2 request bila blh rentas nnt.. Tapi bila???? sedangkan usia nenek kian bertambah.. menghitung hari yg x pasti bila..

    Semoga Allah tambahkan usia kita semua dlm sihat walafiat agar bertemu Ramadhan tahun2 mendatang.. Insha’Allah..

    Didoakan Cella sekeluarga dlm Barokah Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Terima kasih atas doa yang baik.Semoga Allah ganjarkan yang baik2 juga untuk akak Kay.Sama-sama kita doakan semoga Allah sampaikan kita ke Ramdhan tahun depan & berikutnya.Dalam sedih,ada insafnya bila kita nampak kekuasaan Allah untuk mengubah keadaan dalam sekelipata.Semoga Allah gantikan takdir yang lebih baik untuk kita semua.Selamat hari raya kak Kay & maaf zahir batin.

      Delete
  3. Kami pun tutup pintu, tapi beraya di kampung hehehehe.

    ReplyDelete