Saturday, 8 May 2021

AYAM BERLADA LIMAU PURUT-IFTAR 26 RAMADHAN 1442

 Semalam petang  sesambil mengukis sikit-sikit,Adah masak ayam berlada limau purut.


Ayam berlada limau purut by Adah.Mula dia beli ayam & daun limau purut dia kata nak masak tomyam.Saya cakap kalau masak tom yam,saya nak goreng ikan masin jer sebab saya tak suka lauk jenis sup kalau nak makan dengam nasi.Tak puas.Sudahnya dia masak ayam berlada letak daun limau purut tu.Dia tanya macamana nak masak ayam berlada tu untuk 1/2 ekor ayam...hihihi


Saya cakap jer lah..

Ayam gaul garam kunyit & goreng garing.Blend cili padi merah dalam 1/2 mangkuk +1 bawang besar +5 bawang putih Blend 3 bahan tu jer jangan halus sangat.Lepas goreng ayam ,dalam minyak sama tu tumis bahan blend + 1 asam keping,1 sudu teh garam & 1 sudu teh gula perang.Boh sekali daun limau purut.Dah naik minyak baru masuk ayam.Gaul rata dah siap.

Dia cakap,Eh senangnya masak ayam berlada  ni.,dah la senang, sedap...Hihihihi..memang senang jer.Tapi lauk senang ni bahaya sebab boleh lajak nasi.Hihihi



Nak kasi ada tekstur skit,goreng keropok belinjau baru sedap.Ulam sikit,buah sikit dah cukup untuk makan sampai berpeluh 


Ni buahbyang diberikan oleh cleaner beberapa hari lepas.Bukan harumanis..

Tapi ni harum dia lagi kuat dari harumanis ni.Ni buah "ku ini.Kalau dirapatkan jadilah buah kuini..hihihi..

Teringat masa gi Padang beberapa tahun dulu.Mas Joko bawa kami ke Pandai Sikek untuk beli telekung sulam.Kemudian masa balik sepanjang jalan tu ramai orang jual jeruk mandai yang dibuat daripada kulit nangka.Kalau kita selalu buat guna kulit cempedak kan...Depa buat dengan kulit nangka.Pastu nampak bersama jeruk mandai tu  turut dijual berbesen-besen buah hijau macam mangga.Kata Mas Joko itu bukan buah mangga .Tapi itu namanya buah  "KU   INI"  ..Hahaha..ejaan sama tapi bila disebut berjarak ..kuini jadi "ku ini" macam kelakar pulak.Sampai sekarang kalau nampak buah kuini teringat Mas Joko sebut buah "ku ini"..





6 comments:

  1. Hahahahaha.. ni mencarut cara halus namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ops...mencarut ke...
      Alamak,saya ingatkan memang panggilan buah tu kat sana macam tu.hihihi

      Delete
  2. Amboi...pandai ya Mas Joko bergurau ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...ingatkan memang kat sana depa panggil buah tu macam tu.Ruoanya SK kata itu mencarut cara halus..aduhh,memang tak tahu sungguh walaupun dah tua..hihihi

      Delete