Friday, 21 May 2021

SAMBAL UDANG PETAI KAYANGAN

Adah masak sambal udang petai.Dia tunjuk pada nenek dia by video call.Pastu dia cakap sambal dia sedikit manis sebab dia letak gula nissey terlebih.Dia mengadu pada neneknya cakap saya tak ajar dia masak.Neneknya bagi semangat cakap tak apa belajar sendiri dari kesilapan,lain kali boleh baiki...

Ala,ampa la ni kalau betul nak belajar,kat youtube bersepah video step by step.Nak dengan tak nak sahaja.Bukan macam kami mak-mak ni,dulu stuggle nak belajar masak,kena giling cabai sendiri,kupas kelapa,kukur kelapa,angkut air dari telaga,masak guna kayu api lagi...!

Tu belum lagi kena ugut,kalau tak reti masak takdak orang nak masuk mintak.Hihihi


Pic by Adah...

Sambal Udang Petai Kayangan by Adah.

Dia reject pic yang saya snap sebab dia kata saya snap takdak skill.hihihi


Ni dia kata nak post kat IG ka apa ka ntah.Kemain dia susun udang tu  dengan sejemput nasi.Pastu senyap- senyap tambah nasi lagi sepinggan.Dia ingat kita tak nampak la tu.Hihihi


Takpa la takdak skill snap pic pun,tapi saya ada skill masak..hahahaha


Ni la petai kayangan.
3 papan RM10.Nasib baik biji matanya bulat.Kalau terkena macam sebelum ni 3 papan RM10 juga.Tapi biji matanya dah la muda tak ada rasa.Yang kali ni beli kat BTHO,elok matanya.Ada la rasa biji petai.Tang harga tu nak buat macamana,semua la ni harga kayangan

Pic saya yang Adah cakap takdak skill


Resipi saja copy paste dari oldpost PETAI MAHAL SAMBAL UDANG...kat sini
Hihihi


SAMBAL PETAI

1kg udang 

3 papan petai

2 asam keping

2 sudu teh garam

2 sudu gula nissey

1/2 cawan minyak


Bahan Blend:

30 cili kering besar-buang biji

1 bawang besar

5 bawang putih


1. Udang dibelah belakang & buang urat hitam. Garamkan. 


2. Panaskan sikit minyak & gorengkan udang hingga masak. Ketepikan


3. Tambah minyak & tumis bahan blend. 


4. Masukkan asam, garam & gula & masak hingga naik minyak


5. Bila naik minyak, tambahkan udang goreng & petai. Masak hingga naik minyak


6. Sesuaikan rasa. 



4 comments:

  1. Pic by Adah tu lebih pada presentation, mak2 asal ada dan janji sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...saya memang fail bab presentation.Main belasah sahaja.Hihihi

      Delete
  2. Lama saya tak keluar rumah. Tak jumpa lagi petai. Memang harga kayangan sungguh! Tak apalah, yang penting mata petai tak ada penghuninya hihihiiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan keluar cikgu!
      Kalau keluar,mata melilau ,semua yang nampak nak dibeli.Hahahaha

      Delete