Wednesday, 26 May 2021

SAMBAL SARDIN + JERUK BELIMBING BULUH

 Hari ni lega walaupun public holiday,tapi tak berkejar nak  masak lunch.Semua puasa kecuali Adah.Biarlah dia masak lunch dia.Tadi dah kejut sahur,dia taknak.Bersahur dengan sahur simple sahaja pagi tadi.


Sambal sardin + jeruk belimbing buluh.Lauk yang saya masak semalam.

Beli sardin makerel brand ni masa panic buying kat Tesco Ampang minggu lepas.Hanya tingga sardin brand ni & brand TC Boy sahaja.Itupun ada beberapa tin sahaja atas rak.Banyak barang yang nak dibeli habis @ mungkin staff tak sempat topup sebab ramai sangat orang.Mula ke Tesco TM tapi orang beratur dekat 1/4m kat luar tu.Terus ke Tesco Ampang,nampak clear.Bila masuk dalam....hmmm beratur juga berpuluh meter kot.

Try buka dulu 1 tin.Congak- congak,kalau dah anak bujang tu bawa bekal 2 ketul.Cukuplah baki 2 ketul untuk anak dara 2 orang tu.

Serba salah,buka juga 2 tin kecik sardin tu.Banyak juga isinya makerel berbanding kalau beli sardin.

Jeruk belimbing buluh.Stok dah 1/2 tahun berjerul dalam balang ni Teringin pula nak makan belimbing tapi hanya ada stok jeruknya sahaja.Padahal plan asal nak sambalkan dengan kentang.Dah siap gorengpun 2 biji kentang potong wedges.



SAMBAL SARDIN BELIMBING BULUH
2 tin sardin (tin sedang)
1mangkuk belimbing buluh jeruk/fresh (-+20biji)
1sudu teh garam
1sudu teh gula perang
¼cawan minyak
1cawan cili blend
½bawang besar blend
3bawang putih blend

1.Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga mendidih.Terus masukkan belimbing buluh.

2.Bila sambal sudah naik minyak,tambah 1 cawan air atau hingga tenggelam belimbing buluh.Masak lagi hingga mendidih & belimbing lembut serta sambal pekat.

3. Tambah garam,gula perang & sardin.

4.Masak hingga mendidih sekali lagi dan sambal pecah minyak

5.Sesuaikan rasa.Masak awal beberapa jam sebelum makan supaya rasa lebih sedap.Sebaiknya dibiar semalaman supaya rasa sambal sebati dengan belimbing.



Jadilah lauknya sambal sardin belimbing buluh.
Tergugat juga bau dia masak memasak.Tapi dah tua kan....dah sahur dah niat puasa.Simpan sedikit untuk iftar.

Kentang yang dah siap goreng ditumbuk dicampur bumbunya.Jadilah pegedil kentang.Memang kesukaan anak-anakpun.Tapi nak membuatnya selalu tak rajin walaupun bukan susah sangat.Hari ni rezeki depa dapat makan pegedil..Hihihi
Sebab pegedil tu hanya dari 3 biji kentang,maka rezeki anak-anak sahaja la.

Lunch anak dara bongsu.Dia cakap baru nak makan dah pukul 2.14 petang.Itupun kata dia  berebut suap nasi sebab pukul 2.30 sambung lagi online class.Mata sampai nak naik bengkak & lebam macam mata panda dah siang malam mengadap laptop & handphone.Bukan dia sahaja,malahan semua anak-nak lain di luar sana pun.Takdir mereka begitu,belajar secara online.Semoga menjadi hikmah untuk kehidupan generasi mereka yang lebih baik di masa depan.

2 comments:

  1. Sesekali makan sardin pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sambal habis.Ikan jadi nasi goreng hihihi

      Delete