Sunday, 23 May 2021

BUAT BEGEDIL JAGUNG

Beberapa hari lepas pergi panic buying dengan Adah.Dah dengar khabar kata macam nak kena total lock down!

Takut juga tetiba umum total lock down,jenuh jadi macam 1st MCO tahun lepas.Natijahnya bila semua panic buying,pekadai pun ada la segelintir yang ambil kesempatan.Naikkan harga barang & paling tak boleh lupa masa tu semua berebut nak dapatkan stok beras,telur & sardin. Asal pekedai keluarkan stok dari stor sahaja ,semua berebut sebab takut kehabisan stok.Tanpa usul periksa,dah balik rumah,baru perasan 2 beg beras penuh kutu beras.Telur juga memang tak boleh memilih masa tu.Pekedai dah ikat sesiap 1 tray 30 biji.Nasib la,ada 1 tray dapat yang elok.Lagi 1 tray memang tak rupa telur.Apapun salah sendiri kerana tidak berhati- hati & kaluit sangat itulah akibatnya!!

Itu antara prngalaman & kenangan 1st MCO 2020.Kali ni gelabah juga tapi tak la sekaluit tahun lepas


Antara yang dibeli dekat CS tu ialah 5 tongkol jagung ni.Tengok ramai orang memilih jagung & kupas kulit sesiap kat tempat jagung tu,maka saya pun terjebak sekali.Adah dah pesan jangan ambil banyak nanti takdak tempat nak simpan!
Kadang kalau gi belanja barang dapur dengan dia memang penat bergaduh.Kita nak beli tempat lain,dia drive ke lain.Apa yang kita nak ambil,habis dia reject.Kita ambil 3 dia akan buang 1.Kita baru pegang itu ini,dia dah berleter mengalahkan Opah dalam "Sabarlah Duhai Hati".Hihihi sejak bulan puasa hari tu,boleh pula terjebak drama pukul 7 malam tu.Adoi,paling saya tak suka kalau tetiba terjebak.Bukan mudah nak lari.Padahal sebelum- sebelum ni saya susah nak terjebak drama- drama ni..!
Mungkin kifarah sebab saya selalu mengata pelik macamana mak-mak & nenek- nenek boleh layan drama waktu maghrib...!
Ni semua sebab masa bulan puasa,sambil nak tunggu azan,tertengok drama tu ...!
In sha Allah,habis drama ni nanti,saya tak mo dah terjebak lagi.Eiii...

Sagat setongkol jagung. Sebab pernah tengok cikgu Amie
Biasa saya buat saya hiris semua jagungnya.Cuba pula cara cikgu Amies dari Negeri di Bawah Bayu yang memang pakar masak memasak.Sepanjang puasa nampak cikgu Amie masak perkedel jagung ni berkali-kali kerana menjadi kesukaan anak bongsunya Firdaus.Pastilah sedap tu kalau dah berulang kali masak.Jom,kita pun buat juga.

Lepas dah sagat setongkol jagung.Saya kikis pula empulur jagung tu .Hihihi sayang takut ada sisanya lagi.Cuma saya buat 3 tongkol jagung sebab takut tak cukup.Hihihi,tamak..!


Cuma saya sesuaikan bahannya dengan jumlah jagung yang saya guna.


PEKEDEL JAGUNG
3 tongkol jagung
(1 tongkol diparut & 2 lagi dihiris)
1batang carrot - sagat
1/4 kobis - hiris halus/sagat
1 bawang besar - cincang
3 bawang putih- cincang
1 cawan daun sup-hiris
2 cawan tepung gandum
1 cawan udang ( saya ganti bilis halus)
3 biji telur
1 sudu lada sulah
5 cili padi merah - hiris(saya tambah sebab nak extra pedas)
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
minyak untuk goreng

1.Campur jagung sagat & jagung hiris dengan sayur- sayuran & bilis.Gaul rata.

2. Masukkan tepung,garam,gula & gaul rata.Pecahkan telur dalam campuran bahan & gaul sebati.

3. Panaskan minyak & sudukan sesudu demi sesudu dalam minyak panas.Goreng sambil dibalik-balikkan hingga garing.Toskan minyak.


 
Dapatlah adunan macam ni.Agak banyak juga walaupun hanya 3 tongkol jagung sebab ada campuran sayur-sayuran lain juga 


Sorang sepiring pekedel jagung ni.Anak bujang buat lauk makan dengan nasi.Kebetulan hanya ada lauk sambal tumis & telur dadar sahaja.Maka pekedel jagung ni dimakannya bersama nasi.Katanya sedap macam makan lauk.Hihihihihi...



6 comments:

  1. nak buat tapi takut, sy sorang aje makan tiga piring, parah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..jangan buat.Kalau buat memang 3 piring tak cukup..hihihi

      Delete
  2. Memang pekedel ini dimakan bersama nasi, ikut tradisinyalah. Tapi sebab sedap, saya ratah puas-puas tanpa nasi hihihiiii.
    Saya pun kikis juga bekas jagung sagat tu, sayang kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itul. la..selalu juga tengok orang Indo makan pekedel & keropok dengan nasi.Rupanya memang sesuai makan dengan nasi yer...Nak kena buat lagi ni...hihihi

      Delete