Saturday 29 May 2021

NASI KUNING SABAH vs SAMBAL IKAN SALMON

 Sudah beberapa hari nampak Cikgu Amie dari Sabah tu bagtahu beliau sarapan SARAPAN NASI KUNING SAMBAL IKAN TUNA..Kata Cikgu Amie nasi kuning tu macam nasi lemak juga & selalu dihidangkan dengan sambal ikan sebagai sarapan pagi yang popular di sana.Saya pernah tanya sama ke rasa macam NASI LEMAK KUNING..KEDAH.Jawapannya tak sama sebab nasi kuning Sabah menggunakan santan.Seminggu ni pula berpuasa.Bila puasa,tahu sahajalah nafsu selera macam tak menyempat nak makan.Cikgu Amie kata masak macam nasi lemak juga & biasanya dihidang bersama sambal ikan & telur rebus .


Maka semalam petang beriftarlah kami 2 beranak dengan nasi kuning versi Sabah ni.


Iftar berdua beranak kerana anak bujang balik lepas isyak & Adah pula tak nak join puasa & kata dia masih kenyang makan nasi goreng waktu petang tu.Tapi belum sempat isyak nampak dia dah usung pinggan berisi penuh dengan nasi kuning berserta sambal ikan & telur rebus.Hehehe,tak tahan dia bila Cella asyik cakap sedap.


Sepatutnya dimakan bersama sambal ikan tuna kalau versi Sabah.Tapi saya tiada stok ikan tuna.

Masa mengemas peti ais,jumpa baki ikan salmon yang dibeli masa bulan puasa.Sekarang ni ikan salmon hanya beli bulan puasa sahaja sebab kalau bulan puasa masak sikit dah cukup.Ikan mahal kan...
Tapi mahal-mahal ikan salmon,mahal lagi ikan tenggiri & ikan merah kalau kat hihihi

Ikan pun dipotong-potong sebelum digaram kunyit & goreng garing

Masak la sambal ikan salmon

Sedap pulak sambal ikan salmon.Ni beli kat Tesco Ampang rasanya.Tengok Cikgu Amie masak sambal nasi kuning ni ,ikan tunanya tak perlu goreng dulu.Tapi sebab saya buat dengam ikan salmon,maka satya goreng dulu takut salmon ni hanyir.


SAMBAL IKAN SALMON
2 keping salmon- potong ikut saiz yang disukai
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula melaka
1/2 sudu teh pes asam jawa
1 serai

Bahan Blend:
20 cili kering
3 cili merah
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Garam kunyitkan ikan salmon & goreng garing.

2. Dalam minyak yang sama tumiskan serai ,& tambah bahan kisar.Tambah asam jawa,garam ,gula ,& masak hingga naik minyakm

3. Masukkan ikan goreng & sesuaikan rasanya.



Cara masak nasi kuning ni pun ada beberapa cara rupanya.Tengok cara Cikgu Amie,kadang ada yang ditanak separuh masak & kukus.Ada yang ditanak terus.


Tapi saya memilih salah satu cara yang terus tanak dalam rice cooker.Untuk 3 cawan beras basmathi yang saya gunakan ni saya guna lebih kurang 4 cawan santan fresh( 1 cawan santan pekat + air),1 sudu teh garam,1 sudu teh gula,seketul halia muda,serbuk kinyit,pandan &saya tambah 1 sudu teh halba.
Masuk semua dalam rice cooker & biar hingga tanak.Lepas dah masak,gemburkan nasinya


Tambah telur rebus,ulam timun & salad.Nak habaq mai ni.....Sedap sungguh rasanya....!!!
Tapi pastinya tidak lah dapat menandingi orang Sabah masak.heeee..

Jika berpeluang lagi ke Sabah,ingin saya menikmati  nasi kuning ori Sabah.


10 comments:

  1. Uiiiiinaaa... nasi kuning kayangan ni lauk sambal ikan salmon hhahahahaa. Sebenarnya sambal ayam pun boleh, ikan apa-apa pun boleh. Cuma kebiasaannya di Sabah memang ramai yang suka makan nasi kuning sambal ikan, tak kiralah ikan tuna, ikan tongkol dan lain-lain. Banyak tu nasi kuning, seperiuk. Kalau saya masak nasi kuning, memang merangkap dijadikan sarapan dan makan tengahari, ada lebih bawa makan ke petang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...Tak dapat jadi jadi orang kayangan,sesekali kita try makanan kayangan pulak.Masak nasi tu memang asalnya nampak macam banyak.Dah la masak iftar.Kalau tak habis dah plan,sahur nak goreng nasi tu.Sekali balk anak bujang & anak dara pun makan berulang Hahahaha

      Delete
  2. Biasanya memang goreng dulu ikan sebelum dimasak sambal. Arwah bapa mentua saya suka yang tak bergoreng, hanyir hilang sebab diakhir sentuhan perahkan jus limau nipis. Orang Cocos memang tak lari dari jus limau nipis dihujung masakannya hihihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo...tapi ikan kat Sabah semua fresh,tak goreng dulunpun takrisau nak hanyir.Perasan juga banyak masakan Cocos yang cikgu share banyak gunakan limau nipis sebagai sentuhan terakhir.Mesti segar baunya

      Delete
  3. Teringin jugak makan nasi kuning sabah tu, biasa jumpa kedai masakan Kelantan dekat area office masak nasi kuning ni tapi sy tk pernah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena try ni SK.
      Tapi semalam baru makan nasi lemak kan.?
      Yang nasinkuning kelantan tu versi nasi kerabu kot sebab nasi kerabau Pantai Timur ada versi putih,biru & kuning.Saya agak la.hihihi

      Delete
  4. sy pun x penah lg rasa nasi kuning sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ke Sabah tak boleh,kena masak la Mim.Sedap ni...heee

      Delete