Friday 28 May 2021

IFTAR PIZZA GUNA DUIT RAYA

 Semalam tanya Adah,dah bagi ke no acc untuk menang duit raya tangkap pageview 20 juta blog Amie's  Little Kitchen tu?Adah kata dah bagi & dah dapat pun duitnya RM70 tu...Alhamdulillah...& seronoknya lain macam bila dapat duit raya ni tau..!

Maklumlah,dah tua-tua ni,bukan selalu dapat duit raya.Maka raya kali ni,ini adalah duit raya ke-3 saya.Duit raya pertama dapat pagi raya pertama masa bermaafan tu daripada anak bujang.Tahun ke-3 kot dapat duit raya dari anak bujang teruna tu..hihihi..

Duit raya ke-2 dapat dari Haziq,kawan anak bujang tu.So,ini duit raya ke-3 la.Alhamdulillah...


Rm20 bagi pada Adah,upah dia tolong tahan pukat tu..hihihi
RM 50 saya suruh anak bujang keluar belikan pizza hut untuk belanja iftar semalam.Lagipun tengah promo,2 pizza tu RM30++.Terlanjur semua cuti & semua puasa kan...Makanya semalam kenduri pizza anak beranak menggunakan duit raya.Semoga Allah catatkan pahala untuk pemberi duit raya itu,bukan sahaja pahala memberi duit raya tapi juga pahala memberi makan orang yang berpuasa !
Wallahua'lam.....

Pizza 1

Pizza 2.
Sebenarnya saya  suruh guna duit raya tu  beli 2 pizza untuk hidangan iftar.


Tapi anak bujang tu cakap dia topup lagi 1 pizza untuk belanja keluarga sempena malam Jumaat dengan harapan dapat pahala lebih.Tapi kan pizza ni mengenyangkan.Makan 2 slices pun dah kembang penuh perut.Sudahnya,lebihan pizza ni di bawa hingga  kepada sahur pagi tadi & lagi 2 slices untuk Adah lunch nanti.Alhamdulillah semoga ada barokah di dalamnya!

10 comments:

  1. Bahagianya org yg berebut2 nak pahala ni...nama org yg suka bersedekah tertulis di pintu syurga subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      In sha Allah,semoga kota juga antara yang nama sudah ada di syurga Allah

      Delete
  2. Alhamdulillah, seisi rumah dapat merasa duit raya dan semoga pahala sedekah jariah buat si pemberinya, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Tunggu SK plak buat peraduan..hihihi

      Delete
  3. Alhamdulillah bahagia nya seorang ibu bila anak2 terdidik menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat.semuga terus diwarisi pada generasi seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah....
      Semoga Allah jaga zuriat & keturunan kita untuk terpilih mendapat hidayah & istiqomah

      Delete
  4. Alhamdulillah, tahniah dapat duit raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih & tahniah juga untuk Farah...hihihi

      Delete
  5. Alhamdulillah. Rezeki Allah. Tengok 3 keping pizza tu teringat kat Abang Farid yang suka order pizza. Sekarang abang angkatnya (Foodpanda) tak pernah datang lagi bunyikan hon di pintu pagar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu..kerinduan seorang mommy..
      Semoga Allah jaga iman akhlak & berkati perjuangan anak2 dalam menuntut ilmu

      Delete