Sunday 2 May 2021

CUTI HARI PEKERJA BUAT APA?

 Cuti Hari Pekerja buat apa?

Eh,kan cuti..

Hihihihi....cuti tu hanya cuti tak pergi kerja,bukan cuti tak buat kerja.


Cuti Hari Pekerja buat cookies ja sikit.Lepas sahur,mandi pakai bedak,pakai perfume skit untuk aura positif.Masuk dapur...Hihihi..

Tahun ni awal-awal lagi dah cakap tak nak open order biskut raya.Tahun ni saya nak nikmati puasa dengan tenang.Sudah lama puasa dalam berebut buat biskut raya.Sudah lama weekend bulan puasa adalah hari untuk  siapkan tempahan biskut raya.Bila dekat nak raya weekdayr malam pun sambung.Bukan beribu tempahan pun tapi memang beribu pcs juga la nak siapkan.Dari oven kecik yang sekali bakar 30 biji jer ,kumpul untuk beli oven yang besar sikit,gigihlah membaking demi nak cari side income untuk tampung duit tol,minyak & belanja lepas raya.Dapat untung beberapa ratus ringgit pun dah lega & syukur yang amat.Penat tapi lega sebab sudah ada duit belanja lepas raya.Namun tahun ni saya nekad taknak open order sebab nak rehatkan diri.Tapi ada juga beberapa orang kawan yang tak mampu saya tolak .Buat jugak la beberapa belas balang untuk yang tak mampu tolak, sambil- sambil buat untuk sendiri.Hari ni mampu buat 12 balang sahaja sejak lepas subuh hingga zohor tadi.Kata mak saya,saya bukan nak rehatkan diri sangat tu,tapi lebih kepada separuh jiwa dah terbang ke Trengganu di bawa Cella...

Hahahaha,memandai sahaja mak saya.





5 comments:

  1. Sama kak..tahun ni ambil order sikit² je sebab rasa macam janggal pulak bila tak buat pape. Tapi memang betul, puasa tahun ni la yang paling tenang saya rasa, tak berebut buat biskut ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  2. 12 balang tu kita banyak juga.Alahai... kesian pula dengar separuh jiwa terbang bersama Cella di Terengganu. Teringat dulu hantar Abang Farid ke Labuan, sepanjang naik feri, naik kereta sampai LD, tak berhenti air mata mengalir.

    ReplyDelete
  3. rezeki jgn ditolakk., ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete