Friday 14 May 2021

CABUTAN BERTUAH ANAK BERANAK DUIT RAYA PKP 3.0

 Masih tentang Raya PKP 3.0 semalam.Dimana-mana sambutannya suram tanpa aktiviti kunjung mengunjung.Hanya sambutan dalam rumah anak beranak.


Duit raya untuk 3 orang anakanda tetap disediakan sama seperti tahun-tahun lepas.Jika tahun-tahun lepas duit dimasukkan dalam sampul yang sama warna sama corak.Tapi kali ini sesaja nak memeriahkan anak beranak,saya sediakan dalam 3 sampul berbeza warna.
Merah
Hijau
Biru
Kemudian salah satu sampul raya tu ada extra duit raya.Tapi mulanya saya katakan kepada bebudak ni yang salah satu sampul adalah KOSONG tidak berisi duit.
Tapi masa betul-betul nak buat cabutan saya tercakap salah satu sampul itu bertuah.Rasanya Adah tak dengar masa saya cakap kali kedua iaitu salah satu sampul tu bertuah.Yang dia dengar adalah kali pertama saya cakap iaitu salah satu sampul kosong.
Lihatlah,air muka Adah bila abang & adiknya berebut sampul,dia buat derk sahaja.Bila abang & adiknya buka sampul raya & dua- dua tu ada duit,mukanya sudah masam kerana dia sangkakan pastinya sampulnya yang kosong..
Padahal sebaliknya...
Hahaha...

Endingnya.......


10 comments:

  1. Replies
    1. Hihihi...5 ringgit sahaja pun extranya...Hihihi,sekadar suka-suka menghibur hati anak anak beranak

      Delete
  2. Muka Adah tak ada perasan 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....Dia baca tadi,berebut handphone suruh saya delete..hihihi🤣🤣🤣

      Delete
  3. lebih lima hinggit tu dh kira bykla tuh., hehehe

    selamat hariraya makcella maaf zahir batin dari wak yg jauh dimata., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha,5 ringgit pun besar Wak.Kalau sejuta ringgit dibuang 5 ringgit,tak cukup sejuta.hahaha

      Selamat hari raya & maad zahir batin juga untuk Wak yang jauh..hihihi

      Delete
  4. selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Syaz...
      Maaf zahir batin

      Delete
  5. Meriahnya! Gembira anak-anak, gembiralah hati kita kan Mama Cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cikgu...Semoga Allah limpahkan rahmat untuk kita semua

      Delete