Monday 8 February 2021

SPAGHETTI BOLOGNESE - BILA SUDAH KERING IDEA

 

Semalam punya semalam. 
Masak spaghetti untuk anak+anak sebab tiada lauk yang depa suka. Ayam habis, ikan pun takdak,Balik-balik telur & sardin. Gagah la tunggu bagi cukup 14 hari self quarantine walaupun dah dapat result - ve. Takpa la, lepas ni kita keluar cari stok barang basah. Makan sahaja dulu apa yang ada. Bukan takdak makanan langsung. 

Masak la spaghetti bklognese untuk depa. Stok spaghetti & pasta lain ada ja. Cuma sos bolognese hanya ada 1 tin kecik brand Adabi. Bebola ayam Ramly pun ada 1/2 pack lagi. Boleh la lepas untuk  depa 3 beradik. Ish, rasa sikit pula sos tu. Saya blend buah tomato masak tumis dengan bawang bagi kering & pekat baru tambah 1 tin sos pasta Adabi  tu. Barulah dapat sos yang pekat d banyak. Makan la depa 3 beradik puas-puas. Saya memang tak suka bolognese. Kalau olio saya suka. 




Boleh makam berulang kali sebab rebus 1 paket spaghetti & sos pula 1/2 periuk.. 

Puas depa makan. Tapi saya tak tau dimana sedapnya.. Saya cari nasi & goreng ikan bilis.. Hihihi

2 comments:

  1. Nyum...nyummm! Anak-anak muda suka spaghentti bolognese. Kalau saya makan bebolanya saja.

    ReplyDelete
  2. Anak bongsu akak spaghetti kosong pun dia boleh makan...peminat tegar spaghetti.

    ReplyDelete