Thursday, 11 January 2018

TONYOH UBI KAYU VERSI PANTAI TIMUR


Kuih Tonyoh Ubi Kayu
Sebelum ni mak aku dah pernah buat  Tonyoh Ubi Kayu Resipi Nenek kat sini
Tapi mak aku cakap yang tu versi nenek nyer..
Versi nenek ubinya direbus
Tonyoh Ubi Kayu yang kali ini versi Pantai Timur..
Kelantan & Trengganu style...
Mak aku cakap  jumpa Pantai Timur nyer versi  KAT SINI...
Nampak menarik kuih tu


Ini Kuih Tonyoh Ubi Kayu Versi Pantai Timur yang mak aku buat
Warna tu kuning sebab guna Ubi Kayu spesis kuning


Mak aku cakap ada rasa dia macam melekit2 sikit dan macam ada sikit kenyal
Aku tak tahu sebab aku xnak makan
Kalu Ubi Rebus aku suka
Tapi bila mak aku buat camni
Aku xnak
Mak aku cakap rasa macam Ubi Gadung
Lagi la aku xnak
Walaupun aku suka makanan kampung
tapi ada part-part yang memang aku kenot go
Hahahaha

Abang suka..
Abang makan berketul-ketul kuih tu
Mak aku ngan abang jer lah yang makan..
Mak aku siap buat Kopi O Panas ajak aku makan
Aku xnak juga..
Tak tahulah ...tapi bila mak aku cakap rasa macam Ubi gadung aku terus x teringin nak rasa.....
Hihihihi



Ni mak aku cakap yang Ori
Yang x dicetak dengan acuan..
Terus cedok dari pengukus...
Yang dicetak dalam acuan tu mak aku cakap sebab nak kasi nampak vouge


TONYOH UBI KAYU VERSI PANTAI TIMUR
3 cawan ubi kayu - yang sudah diparut parut kasar
1 cawan kelapa parut putih
3/4 cawan gula
1/2 sudu teh garam

Bahan sampingan:
1 cwan kelapa parut putih + 1/4 sudu teh garam

1. Ubi kayu diparut kasar-kasar
2. Tambah kelapa putih,garam dan gula.Gaul rata
3. Panaskan kukusan dan kukus semua bahan yang digaul rata tadi selama 20 minit
4.Hidangkan bersama kelapa parut bergaram (bahan sampingan )



Ubi Kayu hasil tanaman nenek
Yang kulit pink tu isinya putih
Yang kulit putih kuning tu isinya kuning..
Lebih cantik guna ubi kuning


 Mak aku pesan kerat ubi agak panjang supaya senang nak peganv masa nak parut ubi tu



Guna parutvyang lubabgnya kasar supaya dapat jalur2 ubi yang panjang2



Buat hingga selesai



Sebab x timnang ubi sebelum paeut...
Lebih senang sukat ubi selepaa parur untuk jasi panduan



Canpur kelapa garam dan gula..


Gaul rata



Panas kukusan hingga mendidig dan  kukus campuran ubi tadi




Kukus hingga masak..anggaran 1/2 jam


Bila masak...ubi parut nampak mekar dan sedikit melekit seperti pulit kujus



Boleh terus sendukkan ke dalam piring



Dimakan bersama kelapa parut bergaram...


Untuk nampak cantik...tekan dalam acuan pilihan tapi jangan tekan padat...cukup sekadar untuk membentuk  sahaja



Hidang dengan kelapa parut bergaram...

2 comments:

  1. Terima kasih resepi yg mudah dihadam,, Kena musim hujan makan toyoh ubi memang sodapp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee....demo oghe Klate ko Tranung..
      sedak deh ..heee

      Delete