Friday, 12 January 2018

ROTI KAYU MANIS GORENG

Roti Kayu Manis Goreng
Roti Goreng Kayu Manis..
Fried Cinnamon Bread
Eh ..mana yanv betul ni..
Dah macam Pisang Goreng & Goreng Pisang
Mana2 jer lah asalkan Cikgu BM x marah..

Cinnamon  Powder ni lah yang kasi nama pada roti goreng tu..
Hahaha


Roti Kayu Manis Versi Goreng..
Mmm..Roti Kayu Manis lah senang sikit nak tulis..
Mak aku yang masak...
Sebab favourite mak aku..
Mak aku tu suka sangat ngan Kayu Manis..
Tapi mak aku cakap bukan Kayu Manis..
Tapi Kulit Kayu Manis..
Sebab kata mak aku...yang digunakan dalam masakan tu bukan kayunya
Tapi kulit kayu nya...
Kulit Kayu Manis...
Kulit Pokok Kayu Manis yang dikopek dari batangnya dan dijemur kering...
Selai  bau rempahnya...rasanya juga manis..
Sebab tu namanya Kayu Manis
Mak aku cakap Kayu Pokok Kayu Manis juga berbau harum tetapi tidak dimasukkan dalam masakan..
Sebaliknya..mak aku cakap kat Indonesia...Kayu Pokok Kayu Manis tu dijadikan kayu api untuk memasak dengan cara membakar Kuih Bingka.
Kata mak aku mak aku pernah tengok & pernah makan Kuih Bingka yang dimasak menggunakan Kayu Api daripada Kayu Manis di Padang ,Indonesia...
Mak aku cakap sedap sebab baunya harum kayu manis.
Mmmm...aku dengar citer mak aku jer..
Sebab aku belu. pernah pergi situ



Kata mak aku Roti Kayu Manis sedap dihidangkan bersama Teh O Panas.
Kalau ngan Milo..ngan Kopi ker...macam x ngam la..
Haaaa....yang tu aku x thau



Yang pasti mak aku jer suka sangaf Roti Kayu Manis ni..
Mak aku cakap harum dan baunya..
Aku cium...bau dia macam bau Apple Pei..
Tapi aku x suka rasa kayu manis tu..
Mak aku memang la suka..
Buah Pelaga yang ramai orang x suka tu pun mak aku boleh masukkan dalam Teh O dan mak aku kunyah macam makan kacang..
Huhuhuhu...


Roti memang gebu..
Memang sedap...
Tapi sedap pada tekak aku yang hanya gaul gula halus sahaja...
Whitout cinamon Powder la...
Aku makan yang kosong jer...
Makan yang kosonv rasa dia macam Roti Goreng la...

ROTI KAYU MANIS GORENG
1/2 kg tepung gandum
1 paket ( 2sudu teh) yis mauripan
1 ¼ cawan air suam
2 sudu gula
2 sudu marjerin
2 sudu susu tepung
1/2 sudu teh garam
minyak untuk goreng

Bahan gaul:
1/2 cawan gula halus( castor sugar)
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
( kedua2 bahan digaul sebati)


1. Masukkan air suam..yis..marjerin..gula dalam satu bekas besar.
2. Bancuh semua bahan tersebut hingga larut
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
4.Uli hingga adunan licin tidak melekat tangan.
5. Uli agak2 10 minit supaya nanti roti gebu
6. Bahagikan kepada 4 bagahian dan biar 10 minit
7. Canai anggaran 1/2 cm dan potong 4 persegi
8. Biar 15 minit hingga naik 2x ganda
9. Goreng dalam minyak penuh sederhana panas.Balik2kan hingga garing kedua2 belah
10. Gaul dengan bahan gaul




Mak aku cakap k alau terap dengan acuan segi 4 ukuran lebih sekata..
Tapi dah xde...guna jer pisau


Cinnamon Powder..
Beli jwr readymade...
Xyah la rajin sangat nak tumbuk...nk blend bagai...kikiki



Gula Halus...Castor Sugar
Dicampur bersama cinnamon powder


Cinnamon Sugar..
Gula Kayu Manis



Gaul roti masa panas2


Roti Kayu Manis Goreng...
Favourite mak aku..
Bukan fav aku..!
Hehehe

No comments:

Post a Comment